Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan kewangan mampan ditubuh bagi bimbing pasaran karbon sukarela, kewangan peralihan: Tharman

Jun 08, 2023 | 03:57 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang bekerjasama dengan industri kewangan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bertujuan membangunkan pasaran karbon sukarela, kewangan peralihan dan kewangan campuran, umum Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Khamis.

Persatuan Bank Singapura akan menerajui institusi itu, yang akan dipanggil Persatuan Kewangan Mampan Singapura, kata Encik Tharman, yang juga pengerusi MAS.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucaptama di Persidangan Membiayai Peralihan Asia yang diadakan semasa Minggu Ecosperity, acara utama syarikat pelaburan Singapura, Temasek.

Encik Tharman dalam ucapannya menekankan pentingnya mencari cara pemikiran baru yang melibatkan huraian asas yang “dilaksanakan dengan cepat, tetapi dengan cita-cita praktikal”

Beliau berkata terlalu banyak pandangan di Asia dan dunia jatuh di antara dua pilihan, dan “tidak cukup di tengah-tengah”.

Di satu pihak, terdapat sikap yang menyeru penghentian pasti terhadap pembiayaan arang batu, tetapi beliau menggelarnya “cita-cita yang tidak praktikal”.

Di pihak yang satu lagi pula, beliau berkata terdapat sikap dominan dalam kalangan syarikat dan penggubal dasar di Asia yang menyeru penangguhan tindakan iklim.

Menurut Encik Tharman, pihak-pihak ini berpandangan: “Saya perlu berkembang dahulu, saya perlu memberi makan kepada rakyat saya dahulu. Mari berkembang dahulu. Biar negara lain melakukan pelarasan besar. Saya akan ikuti nanti.”

Ini menunjukkan kekurangan cita-cita, kata Encik Tharman.

Digabungkan, kedua-duanya akan membawa akibat yang “membawa bencana”, katanya.

“Kedua-duanya akan membawa kepada kita menyeberangi titik perubahan yang mempunyai akibat yang tidak dapat dielakkan, kemungkinan besar akibat yang membawa bencana, yang mungkin datang lebih awal daripada yang kita fikirkan.”

Dalam menghuraikan masalah itu, Encik Tharman berkata pemerintah perlu menggunakan pendekatan konsepsi dan politik yang realistik, berbekalkan pemikiran: “Jika anda tidak melakukan ini, anda akan menghadapi bencana yang akan menjejaskan dunia membangun terlebih dahulu, tetapi akan berkembang dan menjejaskan semua masyarakat, dan sangat mengurangkan taraf hidup kita.”

Kesimpulannya ialah “tidak ada guna mengatakan 20 atau 30 tahun dari sekarang, bahawa ya, dunia telah menjadi panas, tetapi kita berpegang kepada kebebasan peraturan dan penyeliaan kewangan”, katanya.

Satu bahagian penting dalam cita-cita praktikal yang dikatakan oleh Encik Tharman akan melibatkan perancangan pelan bagi penghentian berperingkat loji janakuasa arang batu di Asia, yang mempunyai cabaran tambahan menempatkan loji yang agak baru, katanya.

“Kita memerlukan strategi yang realistik – strategi yang praktikal tetapi bercita-cita tinggi – untuk penghentian arang batu yang terurus kerana arang batu adalah penting. Ia adalah bahagian yang sangat ketara dalam pelepasan gas rumah hijau global,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >