Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga pendekatan strategik demi tangani perubahan iklim jelang 2050

Pengalihan kewangan bagi tindakan iklim boleh bantu capai pelepasan sifar bersih: Grace Fu
Jun 06, 2023 | 02:03 PM



KEJAYAAN besar dalam tiga bidang – penggunaan teknologi rendah karbon, pengalihan semula dana ke tindakan iklim dan kerjasama antarabangsa lebih besar – akan diperlukan untuk negara mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Garis masa ini akan menjadi penting dalam membantu dunia mengelakkan kesan bencana perubahan iklim dan mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Berucap pada Selasa di persidangan tahunan Minggu Ecosperity anjuran firma pelaburan Temasek, Cik Fu menonjolkan bagaimana kejayaan dalam bidang ini boleh terbentuk dan cara Singapura memangkin proses itu.


Misalnya, teknologi rendah karbon seperti hidrogen menawarkan potensi alternatif kepada bahan api fosil yang intensif karbon dan boleh digunakan dalam industri maritim dan penerbangan, tambah Cik Fu.

Namun, inovasi dan guna pakai lebih meluas akan diperlukan kerana teknologi dan rantaian bekalan masih baru dalam bidang itu.

Penggunaan berskala besar juga masih belum dilakukan, tambah beliau.

Singapura merancang menggunakan hidrogen untuk membekalkan 50 peratus keperluan kuasanya menjelang 2050 dan sedang membina keupayaannya bagi inovasi hidrogen serta pelbagai kerjasama penyelidikan dan pembangunan dengan pemain industri, lapor The Straits Times.


Sementara itu, Cik Fu berkata lebih banyak modal global perlu diarahkan untuk membiayai tindakan iklim.

Beliau menukil laporan syarikat perunding pengurusan global McKinsey yang mendapati bahawa AS$9.2 trilion ($12.42 trilion) pelaburan iklim setahun di seluruh dunia diperlukan untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050, namun hanya AS$3.5 trilion setahun dilaburkan sekarang.

“Dana awam sahaja tidak dapat menampung kekurangan ini, manakala profil pulangan risiko banyak projek hijau tidak cukup menarik untuk mendapatkan dana swasta,” katanya.

Satu kemungkinan kejayaan besar yang boleh menangani kekurangan ini ialah meningkatkan skala kewangan campuran – yang merujuk kepada pembiayaan awam, dana pelbagai hala atau derma yang membantu memangkin pelaburan swasta bagi projek hijau.

Membangunkan pasaran karbon yang boleh dipercayai juga boleh membantu meningkatkan projek penyahkarbonan di seluruh dunia.

Sebagai contoh, kredit karbon yang dijana daripada projek penghutanan semula boleh membantu masyarakat tempatan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dengan lebih baik, mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan untuk masyarakat tempatan itu, dan menyokong biodiversiti.

Persidangan Ecosperity bertujuan menyatukan pemain industri, pelabur dan penggubal dasar untuk secara kolektif menangani isu teknologi, dasar dan kewangan bagi menghasilkan kejayaan transformasi yang diperlukan untuk planet ini, perniagaan dan masyarakat, kata Temasek.


Acara tiga hari itu, yang berakhir pada Khamis, diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >