Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan Malam NDP 2020 cukup gah, meski banyak cabaran awal

Aug 09, 2020 | 09:48 PM



KETIKA mula berlatih sekitar dua bulan lalu bagi Persembahan Malam Hari Kebangsaan tahun ini, Encik Hafeez Hassan banyak rasa canggung.





Apakan tidak, sebagai penari, beliau terpaksa menjaga jarak selamat dengan penari lain dan mereka harus memakai pelitup semasa latihan.





Ditemui di The Star Vista setelah tamat segmen Persembahan Malam Hari Kebangsaan 2020, Encik Hafeez, 37 tahun, berkata:





“Pada awalnya semasa latihan, kerana waktu itu masih lagi Fasa Satu (pemutus litar), semuanya sangat tegas dari segi menjaga jarak dan sebagainya.





“Ia agak ‘awkward’ juga sebab kami semua perlu pakai pelitup, dan dari segi proses latihan, ia agak terbatas lebih-lebih lagi buat tarian yang merupakan proses kreatif.”





Namun, lama-kelamaan, semua yang terlibat dalam Hari Kebangsaan tahun ini bersatu hati mahukan Persembahan Malam tersebut suatu kejayaan.





Kejayaan tersebut dapat dilihat secara langsung oleh Encik Muhammad Imran Jermaain, 34 tahun, yang hadir sebagai salah seorang tetamu undangan.





Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu merupakan antara 150 tetamu yang dipilih untuk menonton Persembahan Malam tersebut secara langsung di The Star Vista.





Encik Imran yang kali terakhir menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara langsung lebih dua dekad lalu berkata beliau rasa beruntung terpilih sebagai hadirin malam ini  (9 Ogos).





“Persembahannya sangat hebat, terutama kerana mereka hanya ada sekitar dua bulan untuk berlatih.





“Saya rasa tema (memberi penghargaan) kepada pegawai barisan hadapan sangat baik kerana mereka telah berkorban banyak perkara bagi negara kita,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >