Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Pemandu ambulans bawa pesakit Covid-19 perkuat semangat demi tugas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pertahanan Mutlak kritikal bagi negara

Pemandu ambulans bawa pesakit Covid-19 perkuat semangat demi tugas

Feb 16, 2021 | 05:30 AM

Pertahanan Mutlak merupakan antara nilai teras dalam membangunkan serta mempertahankan kehidupan masyarakat Singapura dan setiap warga, memainkan peranan penting dalam memastikan negara ini kekal makmur. Apatah lagi sewaktu berdepan dengan pandemik Covid-19, ramai penduduk telah melibatkan diri dalam menangani krisis tersebut atau telah menyesuaikan diri dengan norma baru bagi mempertahankan kehidupan dan mata pencarian mereka. BERITA HARIAN mewawancara dua individu yang mencerminkan semangat antara enam tunggak Pertahanan Mutlak itu dalam bidang-bidang yang telah mereka menceburi.


PADA awalnya beliau berasa bimbang apabila dikerah memandu ambulans, terutamanya apabila perlu membawa pesakit Covid-19.

Pertanyaan sama ada beliau akan dijangkiti virus itu yang telah membunuh jutaan penduduk di serata dunia pernah bermain di dalam fikiran beliau semasa bertugas.

Namun, apabila Staf Sarjan (SSG) Mohammad Aliff Rosli, 27 tahun, melihat ramai warga yang menyatupadukan semangat mereka dalam menangani pandemik ini - termasuk pekerja penjagaan kesihatan, kakitangan awam dan pekerja pelbagai bidang lain - kekhuatiran itu lenyap.

"Saya terharu, dan kagum dengan usaha semua yang terlibat dalam menangani krisis kesihatan ini dan saya mula sedar akan taraf kesediaan kami," kata SSG Mohammad Aliff, seorang anggota teknisyen perubatan kecemasan (EMT), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"Saya dapat melihat dengan mata saya sendiri, betapa mereka bersedia dalam mengendalikan pelbagai senario yang bakal berlaku semasa di barisan hadapan untuk menjamin keselamatan pesakit dan juga para pekerja."

Antara tugas SSG Mohammad Aliff sebagai seorang anggota EMT adalah memandu ambulans ketika mengendali kecemasan.

Apabila pandemik Covid-19 terus menular di sini, tugas beliau juga termasuk mengendalikan pesakit virus tersebut.

"Tugas kami tidak berubah - kami terus berusaha untuk memberikan penjagaan prahospital yang terbaik kepada semua pesakit yang kami kendalikan," kata beliau yang sudah bertugas dalam SCDF sejak menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 2012.

Menurutnya, pasukan beliau turut bertanggungjawab dalam memastikan sumber Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang disediakan itu cukup bagi semua pekerja barisan hadapan.

Mereka turut diberi taklimat berhubung langkah berjaga-jaga dalam usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan.

"Oleh kerana kami sering berinteraksi bersama kakitangan hospital seperti doktor dan jururawat, saya berasa kagum dengan usaha dan kesediaan mereka dalam menangani krisis," kata SSG Mohammad Aliff.

Sempena sambutan Hari Pertahanan Mutlak, SSG Mohammad Aliff berkata semua warga di sini telah berusaha dalam menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat sewaktu pandemik ini.

"Bukan sahaja di sektor penjagaan kesihatan, malah mereka daripada sektor perkhidmatan penting seperti pekerja di pasar raya juga telah menyumbang dalam usaha ini dengan begitu baik, Mereka memastikan barang keperluan tetap dihantar ke rumah penduduk," ujarnya.

Selain itu, SSG Mohammad Aliff, yang baru sahaja bernikah bulan lalu, turut menekankan akan kepentingan setiap penduduk dalam menangani krisis Covid19.

Misalnya, beliau mendedahkan isu panggilan kecemasan atau talian 995, yang masih digunakan penduduk bagi urusan yang tidak bersifat kecemasan.

"Sewaktu pandemik ini, banyak sumber dan tenaga manusia dikerah untuk operasi berkaitan pandemik dan oleh itu sumber kami agak terhad.

"Namun masih terdapat segolongan penduduk yang menghubungi 995 untuk kes bukan kecemasan seperti sakit perut dan sebagainya dan mereka rasa tidak puas hati apabila kami menolak permintaan untuk membawa mereka ke hospital," tambahnya.


"Pertahanan Mutlak kritikal bagi Singapura pulih daripada wabak Covid-19. Setiap warga Singapura memainkan peranan yang penting, menyokong enam tunggak kita dan memperkuatkan ketahanan bangsa kita dan menangani kesannya terhadap kehidupan kita. Detik ini memberi kita kesempatan untuk mengubah sejarah dan membawa pelajaran yang penting kepada kehidupan anak muda Singapura."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Presiden Safra Encik Zaqy Mohamad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3