Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertahanan Mutlak terus relevan dalam dunia yang tidak menentu, mencabar

Eng Hen: Peperangan antara Russia, Ukraine, ketegangan antara Amerika Syarikat, China dan cabaran keselamatan serantau jadikan Pertahanan Mutlak lebih relevan
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



PEPERANGAN antara Russia dan Ukraine, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dan cabaran keselamatan serantau menjadikan Pertahanan Mutlak lebih relevan hari ini, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



"Konsep (Pertahanan Mutlak) yang baik ialah ia dapat bertahan ujian masa dan Pertahanan Mutlak telah membuktikannya.



"Pertahanan Mutlak yang diperkenalkan pada 1984 telah membantu Singapura mengharungi Sars pada 2003, Krisis Kewangan Sejagat pada 2008, dan sudah tentu perjuangan menentang Covid-19 baru-baru ini.



"Apa yang telah diajar Ukraine kepada dunia, kerana tidak ramai yang memberi Ukraine peluang sewaktu pencerobohan Russia, ialah kekuatan Pertahanan Mutlak ialah faktor paling penting sama ada negara itu dijajah atau merdeka.



"Kita masih belum tahu pengakhiran pencerobohan Ukraine - masih terlalu awal. Namun yang pasti terdapat banyak kisah-kisah tentang bagaimana perpaduan rakyat, sanggup bertarung dengan nyawa mereka sendiri berupaya membendung tentera yang jauh lebih besar dan kononnya menakutkan."



Dr Ng berkata demikian sewaktu Anugerah Pertahanan Mutlak yang diadakan di Hotel Fairmont semalam.



Tahun ini, 170 Anugerah Perkhidmatan Negara (NS) telah dianugerahkan kepada 72 syarikat kecil dan sederhana (SME), 34 syarikat besar, 43 pertubuhan dan 22 individu.



Anugerah ini bertujuan mengiktiraf sokongan individu dan kumpulan terhadap Pertahanan Mutlak dan NS.



Sekolah Rendah Yew Tee merupakan antara penerima Anugerah Perkhidmatan Negara (NS) semalam.



Turut hadir dalam majlis itu semalam ialah Encik Heng Chee How, Menteri Negara Kanan Pertahanan; Encik Zaqy Mohamed, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia dan Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara, Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.



Sejak 7 tahun lalu, Sekolah Rendah Yew Tee telah bekerjasama rapat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk Hari Pertahanan Mutlak.



Pelajar akan melalui pameran pakaian seragam NS dari dahulu dan sekarang serta barangan dalam pek padang untuk meningkatkan kesedaran tentang Perkhidmatan Negara.



"Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani (PE), pelajar akan melalui balapan berhalang untuk mengajar mereka kepentingan membuat persediaan dari segi operasi dan kecergasan dalam aspek fizikal.



"Ia sama seperti yang perlu dilalui oleh anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSman)," kata Cik Sabariah, Pengetua Sekolah Rendah Yew Tee.



Dr Ng berkata keenam-enam tunggak Pertahanan Mutlak iaitu tentera, sosial, sivil, psikologi, ekonomi dan pertahanan digital semakin kukuh sejak beberapa tahun lalu.



"Kepentingan Pertahanan Mutlak boleh menjadi lebih kukuh apabila kita memasuki masa depan yang tidak menentu dan sukar diramalkan.



"Pertahanan Mutlak adalah sauh yang akan memastikan Singapura selamat berlabuh apabila keadaan menjadi lebih sukar.



"Kita mesti memastikan kesemua enam tunggak dalam keadaan baik. Dengan cara itu, perpaduan kita terjamin, dan peluang kita untuk bertakat dalam dunia yang semakin mencabar adalah terjamin," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >