Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan silat meriahkan Wisma Geylang Serai

WGS jadi medan Kejohanan Pencak Silat Antara CC dan Festival Warisan Silat 2018
Oct 04, 2018 | 05:30 AM



BANGUNAN Wisma Geylang Serai (WGS) berubah menjadi 'medan pertarungan' bagi hampir 200 atlit silat yang tampil menunjukkan bakat masing-masing dalam satu pertandingan silat antara kelab masyarakat (CC) baru-baru ini.



Ini kali pertama Kejohanan Pencak Silat Antara CC dan Festival Warisan Silat 2018 itu berlangsung selama tiga hari yang berakhir Ahad lalu di WGS.



Para peserta daripada 20 CC itu berusia antara lima dengan 17 tahun bertanding dalam lima kategori - Pra-Junior, Junior, Senior, Artistik, dan Seni Bebas.



Presiden Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Encik Mohamed Yasrin Mohamed Yasil, berkata meskipun ia kali pertama kejohanan antara CC itu berlangsung, namun respons yang diterima amat menggalakkan.



"Malah saya yakin kami boleh dapatkan lebih ramai peserta sekiranya lebih banyak masa diperuntukkan bagi persiapan kejohanan ini.



"Justeru, kami akan buat persiapan awal untuk kejohanan serupa tahun depan dan kami yakin boleh capai lebih 1,000 peserta sekiranya buat perancangan awal," katanya.



Beliau anggarkan pihaknya hanya dapat tumpukan kepada perancangan kejohanan tersebut sejak Julai lalu.



Semasa ditemui, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata silat mencerminkan satu aspek kebudayaan yang sesuai buat WGS.



"Kami alu-alukan sebarang kerjasama dengan semua pertubuhan seni dan kami harap lebih banyak seni akan tampil dan menjadikan WGS sebagai wadah bagi latihan mereka pada masa akan datang.



"Kami harap mereka lihat WGS sebagai tempat unik bagi masyarakat mempelajari seni mereka," katanya.



Dr Maliki juga menganggap respons yang diberi telah menarik ramai pelawat daripada pelbagai usia dan latar belakang hadir memberi sokongan mereka terhadap acara tersebut.



Selain pertandingan persembahan seni silat, terdapat juga gerai-gerai yang mempamerkan barangan yang mencerminkan kebudayaan Melayu seperti tanjak.



Beberapa pelawat yang mengunjungi festival tersebut menganggap ia satu peluang bagi mereka menambah pengetahuan mengenai seni itu kepada anak-anak mereka.



Antara mereka, Encik Rahim Mohd, 48 tahun, yang membawa empat anaknya yang masih kecil, berkata festival tersebut telah menarik minat dua anaknya mengenai silat.



"Selepas lihat persembahan seni silat, mereka berminat nak daftar masuk kelas silat.



"Bagi saya selagi ia menyihatkan tubuh dan selagi mereka minat, saya akan daftarkan mereka," kata pengurus restoran itu lagi.




"Kami alu-alukan sebarang kerjasama dengan semua pertubuhan seni dan kami harap lebih banyak seni akan tampil dan menjadikan WGS sebagai wadah bagi latihan mereka pada masa akan datang. Kami harap mereka lihat WGS sebagai tempat unik bagi masyarakat mempelajari seni mereka."
- Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >