Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertanian vertikal berteknologi tinggi di Tampines hasilkan beras

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



BERAS berjaya dihasilkan di estet perumahan di Singapura.



Penghasilan beras ciptaan Yayasan Temasek itu, adalah sebahagian usaha perintis dalam menangani ancaman kepada bekalan makanan setempat.



Padi Beras Temasek itu dapat bertahan menghadapi perubahan iklim dan dihasilkan menerusi kemudahan pertanian vertikal berteknologi tinggi di Blok 146, Tampines Avenue 5.



Ia ditanam di kemudahan firma teknologi pertanian dan kemampanan Netatech itu - yang pertama dilancarkan Mei tahun lalu - menerusi teknologi mesra alam selepas benihnya dipindahkan dari Makmal Sains Kehidupan Temasek (TLL) ke kemudahan berkenaan Oktober lalu.



Namun buat masa ini, beras itu tidak boleh dimakan dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian dan pembangunan lanjut oleh TLL yang akan menyelidik bagaimana menanam makanan sendiri di kebun bandaran.



Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Cik Cheng Li Hui, berkata beliau menyambut baik inisiatif yang disokong Majlis Bandaran Tampines, Yayasan Temasek dan TLL.



"Singapura sangat bergantung kepada makanan import dan menghadapi ancaman gangguan bekalan.



"Sepanjang beberapa tahun, Tampines komited untuk menjadi makmal hidup bagi teknologi dan huraian terkini dalam bidang pembangunan mampan. Saya terharu melihat perkembangan dalam isu kemampanan makanan ini."



Turut hadir dalam acara penuaian padi itu ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan); Encik Baey Yam Keng; Mayor Daerah North East, Encik Desmond Choo dan wakil dari pihak berkepentingan.



Beras Temasek yang dijual di pasaran sekarang dihasilkan di Tasikmalaya, Indonesia sejak 2016.



Di kemudahan pertanian vertikal Tampines itu, satu sistem pengairan titisan tepat digunakan untuk mengagihkan air dan zat kepada akar padi dalam bilangan tertentu supaya setiap batang padi dapat tumbuh dengan optimum.



Teknologi berkenaan, menurut pengarah teknologi Netatech, Encik Daniel Wong, dapat menjimatkan lebih tiga kali ganda air yang digunakan untuk menghasilkan beras menerusi cara tradisional.



"Ia selalunya mengambil 2,500 liter air untuk menghasilkan 1 kilogram beras di sawah. Tapi teknologi ini dapat mengurangkan penggunaan air kepada hanya 750 liter sahaja bagi menghasilkan jumlah beras yang sama.



Jumlah Beras Temasek yang dihasilkan semalam, tidak dapat ditetapkan pengendali kebun bandar vertikal itu.



Difahamkan sistem pengairan sebegitu berupaya menghasil satu kilo beras setiap meter persegi.



Padi yang dituai semalam, ditanam menerusi sepuluh dulang seluas 0.21 meter persegi setiap satu.



Hanya tingkat terakhir di kemudahan pertanian vertikal enam-tingkat itu digunakan untuk penghasilan beras.



Tingkat lain pula digunakan untuk menghasilkan sayur-sayuran seperti nai bai, sawi dan bayam sejak kemudahan itu dilancarkan Mei tahun lalu.



Setiap bulan, kemudahan tersebut berupaya menghasilkan 165 kilogram sayur, yang cukup bagi memenuhi 30 peratus keperluan sayur bulanan bagi 103 keluarga.



Menurut ketua eksekutif Penghidupan Yayasan Temasek, Encik Lim Hock Chuan usaha tersebut akan membawa Singapura lebih dekat kepada matlamatnya dalam menghasilkan 30 peratus bekalan makanannya dengan sendiri menjelang 2030.



"Kami harap projek-projek sebegini akan memberi tujuan baru dalam penggunaan ruang-ruang vertikal kosong di Singapura sebagai sesuatu yang beri manfaat bagi masyarakat kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >