Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUMBANGAN DERMA KEPADA BADAN AMAL

Pertapis manfaat platform digital tarik lebih ramai penderma

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



MELALUI inisiatif eFlag Day dan Race for Impact, Pertapis meningkatkan jangkauannya melalui platform digital untuk menarik lebih ramai penderma.



Organisasi itu akan terus menganjurkan edisi seterusnya untuk kedua-dua inisiatif itu untuk melibatkan lebih ramai orang yang celik teknologi dan golongan muda, kata Encik Muhaimin Ali, Eksekutif Komunikasi Korporat di Pertapis.



Pertama kali dilancarkan pada Oktober tahun ini, eFlag Day adalah kempen mengumpul dana secara maya yang dilakukan melalui portal giving.sg.



Ini dilakukan bukan sahaja untuk menarik penderma yang mahir teknologi, tetapi juga untuk mengatasi sekatan Covid-19 yang mengehadkan aktiviti pengumpulan dana fizikal seperti derma secara langsung dan Flag Day.



"eFlag Day membolehkan individu yang berminat menjadi pengumpul dana maya dengan mencipta kempen mereka sendiri bagi pihak Pertapis.



"Dengan membenarkan individu membuat kempen mereka sendiri, kami boleh meningkatkan jumlah aliran derma.



"Individu tertentu juga mungkin mempunyai lebih jangkauan dan pengaruh, menjadikannya lebih mudah untuk mengumpul dana melalui rangkaian keluarga dan rakan mereka," kata Encik Muhaimin.



Ia juga menggalakkan golongan muda untuk terlibat dalam pengumpulan dana, membolehkan mereka memberi kembali kepada masyarakat.



Pertapis turut melancarkan acara perlumbaan secara maya, Race for Impact, Januari lalu untuk menggalakkan orang ramai beramal untuk membantu golongan susah dan pada masa yang sama kekal aktif menikmati gaya hidup sihat di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Peserta boleh melakukan aktiviti berjalan kaki, berlari atau berbasikal.



Yuran pendaftaran untuk menyertai perlumbaan itu dikumpul dan merupakan dana yang disalurkan kepada empat Rumah Kebajikan Pertapis - Rumah Kanak-Kanak Pertapis; Pusat bagi Wanita dan Budak Perempuan Pertapis; Rumah Warga Tua Pertapis dan Rumah Peralihan Pertapis.



Dana yang dikumpul juga akan menyokong sekitar 500 keluarga berpendapatan rendah di bawah Skim Bantuan Kebajikan Pertapis.



"Kami akan bekerjasama dengan badan korporat dan organisasi lain untuk menganjurkan edisi seterusnya tahun depan bagi melibatkan lebih ramai orang untuk menyumbang," tambah Encik Muhaimin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >