Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertemuan bersejarah Biden, Xi; kededua ikrar baiki hubungan

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengadakan pertemuan bersejarah dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, di Nusa Dua, Bali, semalam, dengan kedua-dua pemimpin berikrar untuk memperbaiki hubungan.



Pertemuan itu, yang memang dinantikan di dunia, adalah yang pertama sejak Encik Biden menjadi Presiden.



Ia berlaku sedang hubungan dua gergasi negara terbesar dunia itu menjadi renggang akibat persaingan ekonomi.



Kedua-dua pemimpin berada di Bali bagi menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung hari ini dan esok.



Dalam pertemuan itu, Encik Biden berkata dunia menjangkakan China dan Amerika untuk menguruskan hubungan itu dengan baik.



"Sebagai pemimpin dua negara, kami mengongsi tanggungjawab dan dalam pandangan kami untuk menunjukkan bahawa China dan Amerika dapat menguruskan perbezaan kami, menghalang persaingan daripada menjadi konflik dan mencari jalan untuk bekerja sama dalam isu sejagat yang mendesak yang memerlukan usaha bersama,'' kata Presiden Biden, dalam ucapan pembukaannya sebelum mereka mengadakan perbincangan selama dua jam.



Beliau juga akan memastikan komunikasi kekal terbuka antara dua negara itu sedang mereka mengukuhkan kuasa ekonomi di dunia.



Dalam pada itu, Encik Xi juga menyatakan Amerika dan China perlu mencari hala tuju yang betul dalam hubungan mereka dan memperbaikinya.



G20 terdiri daripada 20 negara maju dan membangun termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Russia, Kesatuan Eropah, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Australia. Singapura bukan anggota G20 tetapi diundang ke sidang puncak itu.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tiba di Bali malam tadi untuk menghadiri Sidang Puncak itu atas undangan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, yang menjadi tuan rumah bagi puncak itu sejajar dengan kapasiti Indonesia sebagai Presiden G20 tahun ini.



Encik Lee disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; dan para pegawai pemerintah.



Di sebalik sekitaran politik dan ekonomi sejagat yang mencabar, Indonesia selaku Presiden G20 akan mengetuai perbincangan untuk pulih lebih kukuh dalam pascapandemik di bawah tema Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak akan hadir. Beliau diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, yang tiba di Bali malam kelmarin.



Semalam, media The Associated Press menukil pegawai Indonesia dan pegawai perubatan yang enggan dinamakan, yang menyatakan Encik Lavrov dimasukkan di hospital untuk dirawat bagi masalah jantung.



Namun, jurucakap bagi Kementerian Luar Russia, Cik Maria Zakhrova, menyangkal berita itu "sebagai berita palsu kelas tertinggi".



Russia dijangka menerima kritikan akibat pencerobohan Russia di Ukraine, yang menyebabkan lebih 100,000 tentera Russia dan Ukraine terkorban dan cedera.



Ia juga menyebabkan harga inflasi terutama kos makanan dan tenaga di dunia melonjak.



LAPORAN SELANJUTNYA: PM Lee hadiri sidang puncak G20 di Bali



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >