Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertubuhan Buddha sumbang 30 tan beras kepada Ba'alwie

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



BADAN agama Buddha setempat, Singapore Buddhist Lodge (SBL) menderma sebanyak 30,000 kilogram (30 tan) beras untuk diagihkan kepada masjid, masyarakat dan penerima yang memerlukan serata negara sempena Ramadan ini.



Tahun lalu, badan itu memberi sekitar 35 tan beras yang disumbangkan kepada 32 pertubuhan, termasuk masjid-masjid, pertubuhan akar umbi, selain asrama pekerja asing dan untuk golongan fakir miskin.



Tradisi SBL mengagihkan beras kepada masyarakat Islam Singapura bermula sejak 2011.



Semalam, sumbangan itu disampaikan oleh Presiden SBL, Encik Tan Lee Huak, bersama beberapa wakil persatuan dalam majlis yang diadakan di Masjid Ba'alwie.



Turut hadir ialah Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia, Pendidikan & Kesihatan), Encik Hawazi Daipi; pengasas Roses of Peace dan mantan Anggota Parlimen Dicalon (NMP), Encik Mohamed Irshad Abbas Ali dan Pengarah Kanan bagi Masjid dan Pembangunan Masyarakat di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zaini Osman.



Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas, yang menerima sumbangan bagi pihak masjid setempat, berkata pemberian itu tanda penghormatan masyarakat Buddha kepada masyarakat Islam.



"Alhamdulillah ini menunjukkan pertalian kita dengan masyarakat berbilang agama dan kaum yang melambangkan 'satu hati'.



"Walaupun berbeza, tapi hati kita sebagai masyarakat Singapura perlu bersatu untuk menolong antara satu sama lain" kata Habib Hassan.



Dalam mengiktiraf sumbangan itu, beliau menambah usaha tersebut mencerminkan kesungguhan penganut agama Islam dan agama lain bekerjasama untuk mencapai keharmonian agama.



"Ajaran Islam menyuruh kita untuk bersatu hati dengan semua orang. Begitu juga dengan ajaran-ajaran agama lain yang tidak menggalakkan perpecahan antara satu sama lain.



"Sekiranya ada masyarakat yang perlukan apa-apa, tidak kira bangsa atau agama (mereka) boleh bersatu hati untuk membantu," ujarnya, ketika ditemui.



Dr Wan Rizal pula berkata: "Kita boleh lihat betapa kuatnya perhubungan dan persahabatan di antara kedua masyarakat ini.



"Dan saya bangga sebagai seorang Muslim minoriti di Singapura, kita sering melihat kawan-kawan kita daripada kaum-kaum lain bersama untuk menolong kita dalam kerja-kerja kemasyarakatan.



"Ini adalah suatu keunikan yang tidak boleh kita cari di merata dunia."



Encik Tan pula berkata pemberian itu adalah cara persatuannya memberi sokongan kepada masyarakat Islam setempat bagi persiapan Ramadan sambil mengeratkan lagi perhubungan di antara kaum Buddha dengan Islam setempat.



"Usaha ini dapat meningkatkan lagi keharmonian kaum dan agama. Di Singapura, kita perlu ada keharmonian. Kita perlu bersama sebagai satu keluarga besar ," ujarnya yang memberi contoh bagaimana masyarakat setempat saling membantu antara satu sama lain semasa pandemik Covid-19.



Persatuan itu meneruskan tradisi tersebut yang dimulakan mantan presidennya, mendiang Encik Lee Bock Guan.



Masjid setempat menggunakan beras itu untuk menyediakan juadah berbuka puasa seperti bubur untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >