Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertukaran lancar antara platform di Laluan Thomson-East Coast, Utara-Selatan

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



APABILA Stesen Orchard di Laluan Thomson-East Coast (TEL) mula beroperasi pada 2021, penumpang dapat menikmati pertukaran lancar antara platform Laluan Utara-Selatan (NSL) dan TEL.



Ini disebabkan laluan pejalan kaki di bawah Orchard Boulevard sedang dibina supaya penumpang boleh membuat pertukaran antara kededua laluan kereta api itu tanpa melalui gantri tambang, lapor The Straits Times.



Bagi mengurangkan gangguan di sepanjang Orchard Boulevard atau terhadap penumpang yang menggunakan stesen Orchard sedia ada, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam mendedahkan beberapa kaedah yang telah dijalankan semasa pembinaan laluan pejalan kaki panjang 60 meter itu.



Sebagai contoh, satu kaedah yang dikenali sebagai 'pipe-roofing' akan digunakan buat kali pertama bagi projek MRT di sini.



Ia melibatkan pembinaan kanopi bawah tanah yang diperbuat daripada paip besi bersaling (interlocked) di sekitar laluan terowong terjejas.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary pula berkata kerja ini menunjukkan inovasi dan kejuruteraan pintar yang digunakan dalam pembinaan TEL.



Dalam mengembangkan rangkaian kereta api di Singapura, masalah masih tidak dapat dielak, kata Dr Janil.



"Kami perlu mempertimbangkan perubahan yang perlu dilakukan seterusnya dengan rangkaian kereta api yang semakin berusia dan keperluan menampung lebih ramai penumpang.



"Kami tidak mahu mengganggu laluan MRT," ujarnya.



Apabila siap dibina, Laluan TEL sejauh 43 kilometer akan mempunyai 31 stesen dari Woodlands North hingga Sungei Bedok.



Ia akan menghubungkan penumpang di bahagian timur negara ke kawasan pusat bandar serta mereka yang tinggal di kawasan Woodlands dan Thomson.



Ia akan dibuka secara bertahap mulai tahun depan dan dijangka selesai dibina sepenuhnya pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >