Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istiadat tukar pengawal Istana dimula semula 2 Okt

Sep 27, 2022 | 02:24 PM



SELEPAS dua tahun ditiadakan menyusuli pandemik Covid-19, Istana akan menyambung semula istiadat pertukaran pengawalnya Ahad ini.



Upacara yang akan berlangsung pada 2 Oktober itu akan diadakan pada 6 petang di pintu gerbang Istana, kata Presiden Halimah Yacob dalam catatannya petang kelmarin sambil menambah bahawa ia merupakan tradisi Istana sejak 1959.



Ketika itu, ia dikawal oleh askar kombat dari Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura – yang hanya satu-satunya rejimen infantri pada masa itu.



Penggunaan askar kombat untuk mengawal Istana dihentikan pada 1968, dengan tertubuhnya Unit Kawalan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Format upacara tersebut berdasarkan majlis pertukaran pengawal Britain di Istana Buckingham.



Upacara rasmi itu menandakan peralihan tanggungjawab kepada platun pengawal selanjutnya.



Setiap platun seramai 20 pengawal Istana dipilih khas dari Komand Polis Tentera (MP) SAF.



Peranan utama mereka ialah menjalankan tugas kawalan secara bulanan.



Sebagai pendahuluan kepada upacara tersebut, pengawal yang akan mengambil alih akan berbaris masuk dari Koek Road ditemani para anggota pancaragam SAF.



Mereka kemudian akan bersama pula dengan pengawal yang akan diganti di pintu utama Istana, di mana sebahagian upacara itu akan berlangsung, di mana anggota skuad latihan ketepatan MP SAF akan mengadakan latihan ketepatan senjata.



Upacara yang berlangsung sekitar 30 minit itu, menarik minat orang ramai yang lalu lalang di situ setiap bulan sebelum pandemik.



Ia diadakan setiap malam Ahad pertama setiap bulan, melainkan Julai dan Ogos, apabila upacara itu tidak diadakan.



Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jadual akan datang boleh melungsuri laman https://www.istana.gov.sg/Visit-And-Explore/Ceremonial-Guards.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >