Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan kepimpinan kumpulan akhbar Inggeris, Melayu, Tamil di SPH Media

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



KETUA Editor Bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM), SPH Media Trust yang juga Editor The Straits Times (ST), Encik Warren Fernandez, bakal mengundurkan diri hujung bulan ini.



Beliau akan digantikan Editor The Business Times (BT), Encik Wong Wei Kong, sebagai Ketua Editor EMTM.



Sementara itu, Encik Jaime Ho, yang sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Channel News Asia (CNA), akan mengambil alih tempat Encik Fernandez sebagai Editor ST.



Jawatan Encik Wong pula akan digantikan Cik Chen Huifen, yang sebelum ini memegang jawatan Editor Eksekutif BT.



Kesemua pelantikan ini akan berkuat kuasa mulai 26 Oktober, menurut kenyataan SPH Media semalam.



Encik Fernandez, yang telah dilantik sebagai Editor ST sejak 2012 dan Ketua Editor EMTM sejak 2016, meninggalkan SPH Media Trust demi "menimba peluang profesional lain", tambah kenyataan itu.



Beliau telah menerajui transformasi ST untuk menjadi produk berbilang media yang menawarkan laporan bermutu di pelbagai wadah dan saluran.



Encik Fernandez berkata usaha memperhalusi operasi berbilang media di bilik berita merupakan sesuatu yang berterusan.



Encik Fernandez berkata: "Saya bersama rakan kerja saya telah berusaha untuk mengubah bilik berita menjadi operasi berita berbilang media yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang terus berubah.



"Ini kekal sebagai usaha yang berterusan, dan kini giliran rakan kerja saya yang lain untuk mengambil alih cabaran ini dan terus maju ke hadapan.



"Saya akan terus memberikan sokongan kepada apa yang mereka lakukan."



ST juga telah menerima beberapa anugerah berprestij setempat dan pada peringkat antarabangsa di bawah kepimpinannya, termasuk anugerah Emas pada Anugerah Media Asia 2022 dan Anugerah Laman Berita Terbaik dalam acara Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA.



Menyampaikan penghargaannya atas sumbangan Encik Fernandez selama tempoh lebih 10 tahun, Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan berkata:



"Beliau telah berjaya membuka laluan agar ST terus maju, sebagai produk berita melalui pelbagai wadah dan juga sebagai jenama.



"Kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa depan."



Ini merupakan tempoh perubahan bagi SPH Media, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media Group, Cik Teo Lay Lim, menyentuh tentang pembaharuan kepimpinan tersebut.



"Ini tempoh perubahan sedang SPH Media terus memacu pendigitalan, dan meneroka era baru bagi perniagaan kami.



"(Ketiga-tiga mereka) merupakan veteran media yang mempunyai prestasi baik dalam usaha memajukan produk berita.



"Saya tahu EMTM, ST dan BT kini dalam keadaan baik dan mengalu-alukan kerjasama mereka dalam usaha membawa bilik berita kami ke arah masa depan digital."



Encik Wong, yang bakal mengambil alih jawatan Ketua Editor EMTM, berkata penting bagi bilik berita terus berusaha meraih kepercayaan warga Singapura.



"Dalam dunia yang semakin berpolarisasi ini, empat bilik berita EMTM-ST, BT dan bilik berita vernakular, Berita Harian dan Tamil Murasu - perlu berusaha menjadi suara yang boleh dipercayai warga Singapura.



"Saya mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kerja bilik berita lain untuk memperkasa dan menyokong mereka ke arah matlamat ini," katanya, yang telah berkhidmat sebagai editor BT sejak 2016.



Encik Jaime Ho, yang bakal memimpin lebih 300 wartawan, editor dan penerbit ST sebagai Editor ST berkata:



"Saya berbesar hati diberi peluang memainkan peranan dalam fasa transformasi ST seterusnya, terutama sekali dalam mengembangkan keupayaan digital serta menghadapi cabaran serta gangguan dalam industri berita dan media di Singapura dan seluruh dunia."



Dalam pada itu, Cik Chen yang akan memainkan peranan sebagai Editor BT mulai 26 Oktober ini, mempunyai pengalaman lebih dua dekad di SPH Media dan merupakan editor wanita kedua di BT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >