Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan kepimpinan PSP, ketua Francis Yuen berundur

psp
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) telah mengundi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru semasa persidangan parti itu pada 26 Mac, dengan setiausaha agung Francis Yuen antara tiga pemegang jawatan yang meletak jawatan.



Pengasas yang juga pengerusi parti itu, Dr Tan Cheng Bock, mendahului senarai 12 nama yang dikeluarkan PSP pada Ahad.



Naib pengerusi, Encik Wang Swee Chuang, dan ketua sayap belia, Cik Jess Chua, juga meletak jawatan - langkah yang nampaknya adalah penyegaran kepimpinan yang signifikan.



PSP berkata Encik Yuen telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam di luar negara, dan komitmen baru menyukarkan beliau memimpin parti itu.



"Oleh itu, beliau telah membuat keputusan sukar untuk berundur daripada jawatan sekarang sebagai setiausaha agung dan kekal sebagai ahli," kata kenyataan itu.



Bercakap kepada The Straits Times, Encik Yuen berkata ia keputusan sukar tetapi tepat untuk memberi laluan kepada orang lain.



"Saya dijangka menghabiskan masa panjang di luar negara, dan adalah penting parti itu mempunyai kepimpinan sepenuh masa, terutama menjelang pilihan raya akan datang," ujar beliau.



Encik Yuen, 73 tahun, berkata beliau bangga akan kemajuan PSP sejauh ini dan struktur, proses serta sistem parti itu sudah sedia ada.



Selain Dr Tan, anggota CEC baru termasuk perunding perniagaan Abas Kasmani, pakar teknologi Harish Pillay, dan pakar psikiatri Ang Yong Guan. Encik Abas dan Encik Pillay bertanding di GRC Tanjong Pagar pada Pilihan Raya Umum 2020, sementara Encik Ang di Marymount.



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa, kekal dalam CEC itu. Anggota lain ialah Encik Jeffrey Khoo, Encik Nadarajah Loganathan, Cik Peggie Chua, Encik Phang Yew Huat, Cik Chika Tan dan Cik Wendy Low.



CEC baru itu akan berkhidmat selama dua tahun hingga Mac 2025.



Ia merancang mengadakan mesyuarat pada 29 Mac untuk memutuskan peranan setiap anggota.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >