Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Perubahan pucuk pimpinan Pergas

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) akan dipimpini Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif, mengambil alih Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusof yang akan meletakkan jawatan pada 5 Julai ini.



Dr Qusairy, yang merupakan penerima biasiswa Pergas mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam mengetuai institusi keagamaan, Darul Quran Singapura.



Ustaz Yusri, yang juga memantau syarikat dimiliki Pergas, Pergas Investment Holdings (PIH) sewaktu menjalankan tanggungjawabnya sebagai CEO akan meletak jawatan setelah lapan tahun memimpin pertubuhan itu.



Beliau mengemudi projek di mana persatuan itu berjaya mendapatkan bangunan baru lima tingkat bernilai berjuta dolar, Paradise@Pergas, yang terletak di Changi Road.



Mengucapkan terima kasih kepada rakan kerja, golongan asatizah, anggota Pergas serta masyarakat Muslim kerana memberinya sokongan sepanjang beliau berkhidmat di persatuan itu, Ustaz Yusri berkata tugasnya telah memberinya pengalaman dan pendedahan berharga dalam pembangunan kerjayanya dari segi mental, rohani dan intelek.



"Insya-Allah, CEO baru di bawah kepimpinan Ustaz Qusairy, akan teruskan kerja baik Pergas, termasuk melaksanakan pelan strategik Pergas selama empat tahun yang baru (2021-2024), dan membawa Pergas ke tahap lebih tinggi.



"Saya harap golongan asatizah dan masyarakat Muslim akan memberikan sokongan yang serupa kepada kepimpinan baru ini," ujarnya.



Dr Qusairy yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki beberapa lembaga termasuk sebagai anggota dilantik Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan majlis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).



Dalam surat yang ditulis, beliau berkongsi dua matlamat bagi Pergas dalam meningkatkan nilai asatizah.



Ia termasuk usaha menyokong pembangunan profesional golongan asatizah dalam melaksanakan bimbingan keagamaan sepanjang kerjaya mereka, serta menyediakan hasil sosioagama lebih baik kepada masyarakat, pertubuhan bukan meraih keuntungan, dan agensi pemerintah menerusi profesionalisme mereka.



"Sepanjang tahun-tahun ini, saya telah mendapat peluang untuk berbincang dengan ramai ahli, rakan, pengarah, pekerja dan pihak berkepentingan lain, dan perbualan kami telah meningkatkan keghairahan saya untuk menyumbang kepada golongan asatizah dan nilai yang ia bawa kepada masyarakat," ujarnya.




"Insya-Allah, CEO baru di bawah kepimpinan Ustaz Qusairy, akan teruskan kerja baik Pergas, termasuk melaksanakan pelan strategik Pergas selama empat tahun yang baru (2021-2024), dan membawa Pergas ke tahap lebih tinggi.

Saya harap golongan asatizah dan masyarakat Muslim akan memberikan sokongan yang serupa kepada kepimpinan baru ini."

- Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusof.




"Sepanjang tahun-tahun ini, saya telah mendapat peluang untuk berbincang dengan ramai ahli, rakan, pengarah, pekerja dan pihak berkepentingan lain, dan perbualan kami telah meningkatkan keghairahan saya untuk menyumbang kepada golongan asatizah dan nilai yang ia bawa kepada masyarakat."
- Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >