Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perunding bebas dihukum penjara 4 minggu kerana menipu

May 22, 2023 | 06:57 PM



ATAS tuduhan menipu, perunding bebas Mohamed Barak Lathif, 50 tahun, dikenakan hukuman penjara empat minggu pada Isnin setelah mengaku bersalah.

Menurut laporan The Straits Times, dia mencipta dokumen palsu yang diserahkan oleh Felicia Low, 34 tahun, dan Joseph Ang, 52 tahun, untuk menipu Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) pada 2020.


Ia sebagai usaha bagi mendapatkan penggredan kewangan lebih tinggi supaya firma mereka boleh membida projek bernilai lebih tinggi.

Low dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Mac, manakala kes Ang masih belum selesai.

Pada 2016, Ang menubuhkan sebuah syarikat bernama Lin Interior Design Works, yang dinamakan semula sebagai LIN ID Group pada 2021.

Dia menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu LIN Builders pada 2017, dan ia terlibat dalam projek berkaitan pembinaan.

Pihak pendakwa memberitahu mahkamah LIN Builders telah ditubuhkan untuk melengkapkan LIN ID.

Low ialah pengarah dan pemegang saham LIN Builders, serta ketua akauntan untuk LIN ID dan LIN Builders.

LIN Builders telah didaftarkan dengan penggredan C3 dalam Sistem Pendaftaran Kontraktor, yang ditadbir oleh BCA untuk perolehan perkhidmatan berkaitan pembinaan dan pembinaan untuk sektor awam.

Pada 2019, Low menyerahkan kepada BCA permohonan yang mempunyai penggredan kewangan C1 bagi LIN Builders yang membolehkannya membida projek dan tender dengan nilai lebih tinggi.

Permohonan ini kemudian ditolak kerana LIN Builders tidak memenuhi salah satu syarat untuk penggredan kewangan C1, iaitu jumlah nilai projek yang telah diusahakannya dalam tempoh tiga tahun sebelum ini hendaklah sekurang-kurangnya $3 juta.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kriteria untuk penggredan C3 pada masa itu.

Barak pula perunding bebas dari sekitar 2017 untuk kedua-dua syarikat LIN ID dan LIN Builders.

Pada 2020, Ang memaklumkan Barak dan berkata dia ingin LIN Builders diberikan penggredan kewangan C1 kerana dia ingin mengambil bahagian dalam tender akan datang, kata pihak pendakwa.

Barak memberi respons bahawa dia akan menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada BCA bagi mewujudkan tanggapan bahawa LIN Builders memenuhi kriteria $3 juta dan menyerahkannya kepada Low.

Low kemudiannya menyerahkan dokumen palsu yang Barak sediakan bagi memohon penggredan kewangan C1 oleh BCA untuk LIN Builders.

Pihak pendakwa memberitahu mahkamah Barak tahu adalah satu kesalahan bagi menyediakan dokumen palsu ini untuk diserahkan kepada BCA.

Ikat jaminnya ditetapkan kepada $10,000 dan dia dijangka menyerahkan diri di Mahkamah Negara pada 9 Jun untuk mula menjalani hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >