Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit belajar sedia masakan sihat

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



DALAM menjalani rawatan dialisis, pesakit ginjal harus memastikan pemakanan mereka dijaga.



Bagi membantu mereka untuk mengetahui pemakanan yang baik, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah bekerjasama dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Melalui usaha sama itu, mereka dapat mengajar resipi-resipi yang sedap tetapi sihat bagi para pesakit.



Baru-baru ini, sekitar 20 pesakit dari NKF telah berpeluang belajar dari Cef Jason Koh dari ITE mengenai cara memasak makanan yang enak dan sesuai bagi pesakit penyakit ginjal untuk menikmati bersama keluarga.



ITE dan NKF juga bekerjasama selama tiga tahun untuk memberi pendidikan pemakanan kepada pelajar ITE dan juga pelajar dewasa.



Program yang dilancarkan itu merangkumi kelas secara maya selama tiga jam bersama seorang pakar pemakanan dari NKF dan sesi memasak secara langsung selama empat jam di ITE Kolej Barat yang diadakan pada Disember lalu.



"Dua objektif kerjasama antara ITE dan NKF ialah untuk memberi peluang pendidikan dan pengembangan pemakanan kepada pelajar dan kakitangan ITE Kolej Barat dan menjalankan program pendidikan dan latihan lanjutan (CET) oleh ITE kepada pesakit dan pengasuh NKF, sukarelawan, dan pelajar dewasa," kongsi jurucakap ITE.



Melalui sesi memasak yang dianjurkan itu, ITE berharap masyarakat dapat memperoleh manfaat dan memahami apakah pemakanan yang sesuai untuk pesakit yang menghidapi penyakit ginjal dan perkongsian resipi untuk menyiapkannya supaya sihat dan enak.



"Salah satu cabaran terbesar bagi pesakit yang menghidap penyakit ginjal adalah mencari makanan baru. Sebilangan besar mungkin berpendapat makanan mereka kurang enak,hambar dan tidak menarik.



"Dalam program memasak itu, kami berkongsi mengenai cara-cara memasak serta bahan dan ramuan yang sesuai untuk mencapai rasa yang enak untuk dinikmati seisi keluarga," ujar jurucakap itu sambil melahirkan harapan agar sesiapa yang turut mengikuti sesi tersebut dapat mengasah kemahiran masakan mereka untuk mencipta dan menyesuaikan pemakanan sihat bagi pesakit penyakit ginjal.



Salah satu peserta yang turut hadiri sesi tersebut ialah Cik Siti Hanim Abdul Rahim, pesakit penyakit ginjal yang sering sukarela untuk acara NKF.



"Saya rasa sesi memasak ini sangat menarik dan bermanfaat kerana saya dapat belajar cara-cara untuk makan dengan sihat dan seimbang. Saya akan pulang dan cuba memasak apa yang sudah saya pelajari," ujar Cik Siti berusia 57 tahun.



"Sudah tentu saya akan mengesyorkan program ini kepada orang lain kerana pencegahan itu lebih baik daripada perubatan. Jika yang sihat dapat mengetahui petua nutrisi pemakanan sihat, mereka dapat mengubah pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat," tambah guru muzik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >