Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit enggan divaksin perlu tanggung bil rawatan Covid-19

Peraturan dikuat kuasa mulai 8 Dis; mereka yang belum lengkap divaksin diberi tempoh hingga 31 Dis
Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT Covid-19 yang memilih untuk tidak mendapatkan vaksinasi akan dikenakan bayaran bagi rawatan perubatan mereka.



Ini akan dikenakan kepada semua pesakit Covid-19 belum divaksin yang dimasukkan ke hospital atau Kemudahan Rawatan Covid-19 (CTF) pada atau selepas 8 Disember 2021.



Mengumumkannya dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menyifatkan langkah ini sebagai satu "isyarat penting" kepada mereka yang masih menangguh untuk mendapatkan vaksinasi mereka.



Lantaran itu, beliau, Encik Ong yang juga pengerusi bersama MTF, menggesa mereka untuk mendapatkan vaksinasi sekiranya mereka layak.



Sebelum ini, pihak pemerintah membiayai sepenuhnya bil perubatan Covid-19 bagi semua rakyat Singapura, penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang, selain bagi mereka yang diuji positif sejurus pulang dari perjalanan ke luar negara.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), pada ketika ini, mereka yang tidak divaksinasi membentuk sebahagian besar jumlah pesakit yang memerlukan rawatan intensif.



Ketidakseimbangan itu juga telah "menyumbang kepada tekanan pada sumber penjagaan kesihatan", tambah MOH.



Namun begitu, bagi mereka yang tidak layak menerima vaksin Covid-19 seperti kanak-kanak berusia bawah 12 tahun atau mereka yang mempunyai sebab perubatan, bil perubatan mereka akan dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.



Sementara itu, individu yang belum lengkap mendapatkan dos kedua tidak akan dikenakan bayaran untuk bil Covid-19 sehingga 31 Disember. Ini bagi memberi mereka masa untuk melengkapkan vaksinasi mereka.



Selepas tarikh akhir ini, mereka juga perlu menanggung bil perubatan sendiri jika mereka dijangkiti Covid-19.



Menerangkan tentang pengaturan sebelum ini, MOH berkata ianya adalah untuk mengelakkan sebarang pertimbangan kewangan yang berlaku disebabkan ketidakpastian dan kebimbangan orang ramai ketika Covid-19 mula muncul dan masih belum dikenali.



"Bagi majoriti yang telah mendapatkan vaksin penuh, pengaturan khas untuk bil Covid-19 ini akan diteruskan sehingga keadaan Covid-19 menjadi lebih stabil," tambah kementerian itu.



Sementara itu, pesakit Covid-19 yang memilih untuk tidak divaksinasi masih boleh menggunakan pengaturan pembiayaan penjagaan kesihatan biasa untuk membayar bil mereka jika ia boleh digunakan.



Rakyat Singapura dan penduduk tetap pula boleh mengakses subsidi pemerintah dan pelan MediShield Life atau Integrated Shield, manakala pemegang pas jangka panjang boleh menggunakan pembiayaan biasa mereka seperti insurans swasta.



Mengulas tentang hal ini, Encik Ong berkata:



"Pembayaran bil masih akan berdasarkan rangka kerja subsidi semasa kami, tertakluk pada penggunaan MediSave dan tuntutan MediShield Life, jadi ia akan tetap disokong dan diberikan subsidi tinggi."



Berita Harian (BH) telah menghubungi MOH untuk mendapatkan purata kos rawatan Covid-19 di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >