Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit organ hati jaya jalani pemindahan buat kali kedua

Pernah jalani pemindahan hati 17 tahun lalu, kini dalam rawatan pemulihan setelah jalani pemindahan kedua 9 Mei lalu
May 20, 2021 | 05:30 AM



KETIBAAN Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini disambut gembira ramai orang, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Namun, bagi pesakit organ hati berulang, Encik Sulaiman Musein, 61 tahun, pula kegembiraannya terasa berganda setelah beliau berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.



Datuk seorang cucu itu pernah menjalani pembedahan pindah hati 17 tahun lalu namun organ hatinya mula mengalami kerosakan semula sejak Ogos 2019.



Memberitahu Berita Harian (BH) berita baik itu, Encik Sulaiman berkata beliau berasa syukur dengan pemindahan itu dan kini dalam keadaan mantap di wad pemerhatian rapi setelah dipindahkan daripada unit jagaan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH).



"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan gembira sekali kerana diberi peluang dan kesempatan menjalani pembedahan pindah hati.



"Ketibaan Hari Raya kali ini benar-benar bermakna dan menggembirakan saya dan keluarga dengan pemindahan organ hati yang memang dinanti-nantikan.



"Saya sekadar berikhtiar untuk dapatkan derma hati dan akhirnya ikhtiar dan doa saya terkabul," ujarnya dengan nada penuh gembira semasa dihubungi BH.



Akhbar ini melaporkan pada 9 Mei lalu tentang rayuan beliau mahu mendapatkan derma organ hati daripada sesiapa yang sudi membantu.



Antara sebab utama: beliau mahu terus berpeluang melihat cucunya, berusia lima tahun, membesar selain mahu melihat anak lelakinya, berusia 30 tahun, berumah tangga.



Beliau yang sudah tujuh tahun tidak dapat bekerja, mempunyai seorang lagi anak perempuan, 33 tahun, dan sudah berumah tangga.



Menceritakan mengenai kejadian yang berlaku sebelum pembedahan pindah hati itu, Encik Sulaiman berkata beliau mendapat panggilan daripada NUH pada 8 dan 9 Mei lalu.



Pada pagi 9 Mei, beliau diminta datang ke hospital itu kerana dikatakan terdapat organ hati yang sesuai dengannya, yang didapatkan daripada seorang yang meninggal dunia.



"Saya antara percaya dengan tidak, tetapi terus ke NUH. Di sana saya diberi penerangan dan dikatakan ada organ hati sesuai dengan saya.



"Jadi, saya dipilih jalani pembedahan pada hari itu juga. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya amat berterima kasih kepada pihak NUH yang lakukan pembedahan dengan baik sekali," kongsinya.



Beliau menambah, doktor memberitahunya pembedahan itu berjaya dilakukan. Tambahan, ginjalnya juga sejauh ini serasi dengan organ hati yang baru diterima.



Selepas pembedahan itu, beliau berasa gembira apabila mendengar suara satu-satu cucunya melalui telefon bertanya keadaannya dan bila beliau boleh pulang.



"Itulah impian saya, mahu terus diberi peluang melihat cucu saya membesar.



"Gembira bercampur terharu rasanya," katanya sambil memberitahu cucunya tidak dapat mengunjunginya di hospital ekoran peraturan ketat berkaitan pengunjung.



"Tak apalah, nanti apabila saya keluar hospital saya akan cuba habiskan sebanyak masa bersamanya."



Encik Sulaiman amat berterima kasih kepada NUH dan pasukan perubatannya kerana membantu beliau menjalani pembedahan pindah hati.



Kini, beliau terfikir pula kos rawatan susulan termasuk kos ubat dan pengangkutan ulang-alik ke hospital yang selalunya menelan belanja agak besar.



"Saya sebenarnya belum tahu berapa kos bayaran pembedahan, kos ubat dan kos pengangkutan ini.



"Cuma pada masa ini, saya sudah pun gembira kerana diberi peluang untuk terus hidup," kongsinya menahan sebak penuh kesyukuran.




" Ketibaan Hari Raya kali ini benar-benar bermakna dan menggembirakan saya dan keluarga dengan pemindahan organ hati yang memang dinanti-nantikan.

Saya sekadar berikhtiar untuk dapatkan derma hati dan akhirnya ikhtiar dan doa saya terkabul."

- Encik Sulaiman Musein.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >