Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pesalah degil masuk jel lagi kerana cabul remaja perempuan

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pesalah degil, yang keluar masuk penjara bagi kesalahan seksual terhadap budak bawah umur, dipenjara sekali lagi kerana mencabul seorang budak perempuan bawah umur awal Julai lalu.



Xavier Lee Wei Jie, kini berusia 30 tahun, dikenakan hukuman penjara 10 bulan di mahkamah semalam, selepas dia mengaku bersalah bagi satu tuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 14 tahun pada 30 Julai, lapor akhbar The Straits Times.



Pada 2015, warga Singapura itu dipenjara setahun kerana melakukan seks dengan seorang budak perempuan berusia 12 tahun.



Dia melakukan kesalahan lagi selepas dibebaskan dan dipenjara lagi pada 2019.



Lee menemui mangsa terkininya menerusi seorang kawan remaja perempuan itu dan sedar mengenai usianya.



Lee mula berhubungan dengan mangsanya menerusi platform media sosial Instagram dan meminta budak itu bertemu dengannya di sebuah taman permainan dekat Blok 283 Bukit Batok East Avenue 3 pada 30 Julai.



Mangsa, dan seorang kawannya, yang juga berusia 14 tahun, memakai uniform sekolah apabila mereka bertemu Lee sekitar 4 petang hari itu.



Mereka duduk di taman permainan itu, dengan Lee duduk di sebelah kanan mangsa.



Lee mencubit pipi budak perempuan itu dan menyentuh dagunya sebelum memberitahu mangsanya itu bahawa dia akan dirogol tidak lama lagi.



Dia juga menyuruh budak itu melakukan perbuatan seksual ke atasnya dan mengikutnya pulang atau pergi ke tangga berdekatan.



Mangsa enggan dan ketiga-tiga mereka meninggalkan taman permainan itu pada 5 petang hari itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >