Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara teruja dapat solat berjemaah dengan rapat saf

Mar 18, 2022 | 07:33 AM



MASJID merupakan tempat yang sangat penting bagi Encik Zainodin Ambak, 75 tahun, seorang pesara.



Selain mengikuti majlis ilmu, solat berjemaah dan ibadat sunat, masjid juga penting bagi Encik Zainodin, mantan kerani bank untuk menjalinkan persaudaraan selain bertemu rakan-rakan dan juga saudara.



Dengan kelonggaran langkah jarak selamat di masjid mulai semalam, Encik Zainodin, berasa teruja dan juga gembira dapat mendirikan solat dengan merapatkan saf sebagaimana keadaan sebelum pandemik.



Beliau yang kerap solat berjemaah lima waktu di masjid, merupakan antara sekitar 120 jemaah yang menunaikan solat zuhur di Masjid Darul Ghufran di Tampines semasa Berita Harian (BH) mengunjungi masjid itu semalam.



"Seumur hidup saya datang ke masjid untuk mendirikan solat, tak pernah kami solat secara terpisah," kata bapa tiga anak dan datuk lima cucu itu.



"Walaupun kami akhirnya diizin mendirikan solat di masjid semasa pandemik ini dengan langkah jarak selamat supaya masjid tidak menjadi punca jangkitan atau penularan, kami yang sudah berumur ini tetap ada rasa sedikit janggal terhadap peraturan itu.



"Lantas hari ini (semalam) saya datang ke sini untuk solat subuh dan zuhur. Saya amat bersyukur, keadaan seolah hampir kembali seperti biasa," katanya.



Encik Zainodin berkata, memandangkan Ramadan akan tiba dalam tempoh kurang dua minggu, beliau berharap lebih banyak kelonggaran dapat diberikan seperti membolehkan jemaah beriftar dan mengadakan lebih banyak tempat solat bagi solat terawih.



Pada masa yang sama, Encik Zainodin yang baru sahaja pulih daripada Covid-19 bulan lalu berkata, beliau yakin orang ramai kini lebih bertanggungjawab memainkan peranan mengekang jangkitan.



"Meskipun kes seharian masih agak tinggi, saya yakin rakyat Singapura lebih bertanggungjawab dalam mengawasi kesihatan mereka sendiri dan patuh pada peraturan," tambahnya lagi.



Isnin lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan jemaah masjid dapat kembali menunaikan solat berjemaah dengan saf yang dirapatkan mulai semalam.



Jemaah bagaimanapun perlu terus membawa peralatan solat peribadi mereka dan memakai pelitup, dan tempahan slot bagi solat Jumaat juga diteruskan.



Semalam, Muis mengumumkan semua kerja mengeluarkan tanda jarak selamat di masjid telah selesai.



Muis menambah jemaah boleh mengharapkan lebih banyak kelonggaran menjelang Ramadan nanti.



Untuk membantu jemaah menyesuaikan diri dengan peraturan baru itu, relawan Masjid Darul Ghufran kelihatan memberi bantuan kepada jemaah sambil mematuhi had bilangan jemaah di setiap zon.



Ada segelintir jemaah yang tidak tahu tentang kelonggaran terkini dan relawan perlu memberi penerangan kepada mereka.



Terdapat 10 zon solat yang boleh menampung sehingga 100 jemaah setiap masa di masjid itu.



Setiap saf kini boleh menampung sehingga 20 jemaah berbanding sekitar setengah jumlah itu sebelum ini.



Di Zon 1 dewan solat Darul Ghufran, terdapat sekitar 95 orang mendirikan solat di situ, memenuhi lima saf.



Zon 2 menerima sekitar 20 jemaah.



Jemaah kelihatan memakai pelitup dan membawa alas sendiri untuk solat.



"Alhamdulillah keadaan sudah hampir balik kepada asalnya," kata Encik Jufri Mohd Yunus, seorang pemandu Grab berusia 49 tahun.



Beliau berkata, berita tentang kelonggaran itu adalah sesuatu yang menggembirakan jemaah dan akan menggalak lebih ramai jemaah datang ke masjid untuk solat.



Namun bagi seorang jurutera, Encik Arif Mahmood, 46 tahun, beliau tetap bersikap berwaspada memandangkan bilangan jangkitan Covid-19 seharian masih agak tinggi.



"Saya rasa bahagia dapat solat dengan saf rapat seperti dahulu, namun dengan adanya langkah jarak selamat seperti sebelum ini memang lebih selamat.



"Tapi nasib baik mereka (pihak berkuasa) masih kekalkan sistem tempahan dan bagi solat jemaah tertentu, seperti solat Jumaat, mereka memisahkannya kepada beberapa sesi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >