Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara ukir di pisau tarikh bekas isteri dipercayai selingkuh sebelum menikamnya di ITE

Sep 14, 2021 | 06:50 PM



BERTAHUN selepas perceraiannya, seorang pesara masih menyimpan dendam terhadap bekas isterinya sehingga mengukir tarikh-tarikh perselingkuhan wanita tersebut sebelum menikamnya di tempat letak kereta di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.



Seet Cher Hng, kini 69 tahun, telah menunggu bekas isterinya itu selama hampir tiga jam pada sekitar 7.30 malam pada 19 Julai 2018 sebelum menyerbu Cik Low Hwee Geok, 56 tahun, dalam keretanya.



Pertelingkahan berlaku dan apabila Cik Low cuba melarikan diri, Seet menikamnya sebanyak lapan kali.



Seet kemudian menikam dirinya sebanyak 13 kali di bahagian badan atas sebelum rebah atas Cik Low.



Seet disabitkan dengan pengurangan tuduhan membunuh pada Selasa (14 Sept).



Mahkamah Tinggi mendengar bahawa Seet menikam dirinya berulang kali dengan pisau yang sama setelah menyerang Cik Low di tempat letak kereta di kampus Ang Mo Kio itu.



Dia pada mulanya dituduh membunuh di bawah Seksyen 300 (a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati.



Bulan lalu, pihak pendakwaan mengubah pertuduhan kepada Seksyen 300 (c) bagi pembunuhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa maut. Tuduhan itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Seet berkata dia tidak menentang tuduhan itu dan dengan tenang mengatakan:



"Saya ingin mengaku bersalah dan tidak ingin memberikan bukti."



Seet dan Cik Low berkahwin pada 7 April 1992 dan bercerai pada 13 Jun 2011. Mereka mempunyai seorang anak perempuan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >