Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat Scoot tuju Perth patah balik ke S’pura lepas ancaman bom

Oct 12, 2023 | 07:53 PM



Sebuah penerbangan Scoot menuju ke Perth berpatah balik ke Singapura berikutan ancaman bom pada Khamis.

Ia mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 6.27 petang.

Menjawab pertanyaan, jurucakap syarikat penerbangan tambang murah Scoot berkata pesawat itu berlepas pada 4.11 petang dan keputusan dibuat untuk berpatah balik kira-kira sejam dalam penerbangan “kerana ancaman bom”, lapor The Straits Times.


“Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah dikerah untuk mengiringi pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Changi. Perkhidmatan kecemasan juga dikerahkan.

“(Pesawat) TR16 selamat mendarat di Singapura pada 6.27 petang di mana pemeriksaan keselamatan dijalankan,” ujar beliau.

Jurucakap itu menambah Scoot sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

Memandangkan ini merupakan isu keselamatan, butiran lanjut tidak dapat diberikan, tambahnya.

“Scoot dengan ikhlas memohon maaf atas gangguan dan kesulitan yang dihadapi. Keselamatan pelanggan dan kru adalah keutamaan kami, dan kami akan terus memberikan bantuan kepada pelanggan,” jelas jurucakap itu.

Laluan penerbangan Scoot TR16 yang tercatat laman web penjejakan penerbangan Flightradar24 menunjukkan pesawat Boeing 787 Dreamliner itu membuat beberapa pusingan di luar pantai Malaysia sebelum terbang ke Lapangan Terbang Changi.

Penerbangan itu, yang berlepas dari Terminal 1 pada 3.30 petang, dijadual tiba di Perth pada 8.35 malam.

Namun, satu pemilik akaun bernama SquawkAlert di platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, berkata pesawat itu telah membuat 7700 isyarat kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >