Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG

Peserta forum perlu patuhi protokol amat ketat

Gan beri sebab peserta forum boleh duduk lima semeja; tekan peri penting acara dianjurkan
Oct 26, 2021 | 05:30 AM



PESERTA Forum Ekonomi Baru Bloomberg pada bulan depan, akan dibenarkan duduk semeja sehingga lima orang untuk menjamu selera sambil berbincang tentang perniagaan di tempat acara dan restoran yang ditetapkan di kawasan bandar memandangkan terdapat protokol amat ketat yang perlu dipatuhi.



Ini termasuk keperluan divaksin sepenuhnya dan menjalani ujian praacara setiap hari semasa persidangan itu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Encik Gan berkata protokol itu tidak berbeza dengan langkah pengurusan selamat bagi majlis perkahwinan dan semua acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) hari ini, yang membolehkan lima orang duduk semeja dalam tempat acara dengan langkah jarak selamat dilaksanakan.



Beliau berkata demikian kepada media melalui Zoom semalam untuk menangani keprihatinan bahawa membenarkan peserta forum itu menjamu selera sehingga lima orang semeja melanggar peraturan semasa ketika makan di luar.



Encik Gan berkata Forum Ekonomi Baru Bloomberg itu adalah acara penting "yang akan membantu kita memelihara kedudukan kita sebagai sebuah bandar hab, dan ini juga akan terus menyokong pemulihan ekonomi kita dan mencipta pekerjaan baik buat rakyat Singapura".



Forum itu, yang akan diadakan dari 16 hingga 19 November, bakal dihadiri sekitar 400 pemimpin perniagaan dan pemerintah.



Peserta forum itu, sama ada warga asing atau setempat, perlu mematuhi beberapa protokol ketat, termasuk divaksin sepenuhnya dan menjalani ujian praacara setiap hari, untuk mewujudkan sebuah ruang menjalin rangkaian perniagaan yang selamat bagi peserta, kata Encik Gan.



Peserta warga asing juga mesti melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) setibanya di Singapura dan kekal di dalam bilik hotel sehingga menerima keputusan negatif.



Mereka tidak perlu menjalani kuarantin jika keputusan ujian kembali negatif.



"Di bawah syarat amat ketat inilah jamuan (untuk berbincang soal) perniagaan bagi sehingga lima individu yang divaksin sepenuhnya akan dibenarkan.



"Di luar tempat acara dan restoran ditetapkan ini, peserta forum Bloomberg akan perlu mematuhi langkah pengurusan selamat semasa, seperti had dua orang apabila makan di luar," kata Encik Gan.



Individu yang bukan peserta forum itu tetapi ingin menjamu selera atau mengadakan pertemuan dengan peserta forum di tempat acara atau restoran yang ditetapkan mesti menjalani ujian praacara mandatori dan mendapatkan keputusan negatif terdahulu.



Butiran mengenai restoran yang ditetapkan akan dikongsi kelak, dengan Encik Gan berkata restoran tersebut kemungkinan terletak dalam hotel penginapan peserta atau di kawasan berdekatan.



Encik Gan menjelaskan bahawa salah satu unsur penting dalam acara seperti Forum Ekonomi Baru Bloomberg itu adalah kegiatan menjalin rangkaian perniagaan, dengan peserta mahu bertemu dengan seramai mungkin orang dalam tempoh masa yang diberikan untuk berbincang tentang perniagaan.



Kadangkala, mereka perlu berbincang secara berkumpulan, dan oleh itu, mereka dibenarkan berhimpun dalam kumpulan lebih besar ketika mereka makan.



"Ia adalah sebahagian daripada keperluan bahawa mereka perlu makan, tetapi pada masa yang sama, mereka mahu meneruskan perbincangan, interaksi dan jalinan rangkaian dengan peserta lain, dan oleh itu, kami perlu mewujudkan sekitaran yang selamat.



"Ini dengan memastikan semua peserta divaksin sepenuhnya, dan pada masa yang sama, setiap orang melakukan ujian praacara, agar kegiatan ini boleh dilakukan dengan selamat," kata beliau.




"Ia adalah sebahagian daripada keperluan bahawa mereka perlu makan, tetapi pada masa yang sama, mereka mahu meneruskan perbincangan, interaksi dan jalinan rangkaian dengan peserta lain, dan oleh itu, kami perlu mewujudkan sekitaran yang selamat."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >