Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta program KelasMateMatika lebih bersedia masuk sekolah rendah

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



MURID dan ibu bapa yang telah selesai mengikuti program KelasMateMatika (KMM) Yayasan Mendaki didapati lebih bersedia menghadapi pembelajaran Matematik apabila melangkah masuk ke sekolah rendah.



Justeru, murid tersebut kurang kemungkinan perlu disertakan dalam program sokongan pembelajaran apabila memasuki darjah satu.



Demikian dapatan awal hasil penilaian yang dijalankan ke atas program KMM pada April lalu, menurut kenyataan Mendaki kelmarin.



Penilaian itu telah dijalankan pejabat penilaian program Mendaki, yang ditubuhkan tahun lalu, untuk melaksanakan rangka kerja dan proses penilaian yang sesuai untuk menilai keberkesanan pelbagai program M3.



KMM merupakan program utama di bawah kerjasama M Kuasa Tiga (M3), melengkapi ibu bapa dengan kemahiran membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran konsep celik angka asas dan menggalak mereka agar lebih terlibat dalam pendidikan awal anak-anak mereka.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki berkata pejabat baru itu memanfaatkan teknologi dan analitik data bagi memantau keberkesanan semua program badan bantu diri itu dan impaknya terhadap peserta.



Apabila dimulakan pada 2018, program KMM itu disertai hampir 100 kanak-kanak.



Namun, jumlah peserta kini jauh lebih ramai, dengan lebih 6,500 ibu bapa dan kanak-kanak telah meraih manfaat daripada program itu sejauh ini.



Pada Ogos 2020, Mendaki memperkenalkan KMM secara dalam talian, atau dikenali sebagai eKMM, demi memastikan ibu bapa dan anak-anak boleh terus mengikuti program itu di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Kelmarin, seramai 366 keluarga merangkumi 415 kanak-kanak dan 393 ibu bapa diiktiraf kerana selesai menjalani program KMM@CC atau eKMM antara November tahun lalu dengan April lalu.



Majlis tamat menjalani program itu diadakan sempena acara PlayFest 2022 di Wisma Geylang Serai, yang dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos memuji ibu bapa tersebut kerana mengambil langkah dilengkapi dengan pengetahuan untuk menjadi guru, pengasuh dan rakan pertama dalam pembelajaran dan pembangunan anak mereka.



"Saya menggalak ibu bapa untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam keluarga dan terus menyokong satu sama lain.



"Selain menamatkan program KMM, keluarga terus belajar daripada satu sama lain dan menjalin ikatan sebagai satu keluarga sementara melakukan kegiatan pembelajaran bersama," kata beliau, yang juga Pengerusi Mendaki.



Encik Masagos menambah bahawa kegiatan di acara PlayFest juga boleh membantu membangunkan kemahiran seperti pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran, dan memupuk minda menyelesaikan masalah secara kreatif dalam diri kanak-kanak.



"Saya berharap ibu bapa ini terus menyokong pembelajaran anak-anak mereka dan mendaftarkan anak-anak mereka dalam pendidikan prasekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun," kata beliau.



Encik Zaqy, dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-33 Mendaki Sabtu lalu, berkata penilaian dijalankan terhadap KMM demi memantau sama ada program itu berhasil dalam mempersiapkan kanak-kanak memasuki darjah satu.



"Ini antara KPI (penunjuk prestasi utama) yang kami ukur dari segi keberkesanan program dan memastikan anak-anak kita disokong dengan baik apabila mereka melangkahkan kaki ke sekolah rendah dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik," kata beliau.




SEKILAS LAPORAN YAYASAN MENDAKI 2021



- Lebih 73,000 benefisiari dan individu dibantu berbanding sekitar 70,000 orang pada 2020



- 496 pelajar Melayu/Islam terima Anugerah Mendaki, kenaikan 40.1% berbanding 354 penerima pada 2011



- Lebih 11,000 pelajar raih manfaat daripada skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS), $45 juta diagih



- 3,564 ibu bapa dan kanak-kanak sertai KelasMateMatika (KMM) tahun lalu berbanding 785 pada 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >