Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesilat negara Nurul Suhaila buat penampilan khas di BHazar BH

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



PENGUNJUNG di bazar Wisma Geylang Serai (WGS) boleh menantikan untuk bertemu dan berinteraksi dengan juara dunia silat, Nurul Suhaila Saiful, pada Jumaat.



Pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 itu akan membuat penampilan khas dalam rakaman podcast secara langsung BH #NoTapis di gerai BHazar Berita Harian (BH) yang terletak di Anjung@WGS.



Mengendalikan podcast itu yang dijadual pada 5 petang 14 April itu ialah Editor Podcast BH, Cik Shahida Sarhid, dan wartawan sukan, Cik Zulaiqah Abdul Rahim.



Podcast yang bertajuk "Pengorbanan jadi juara dunia", akan mengupas kisah permulaannya dalam silat dan juga persiapan serta motivasi dan inspirasinya bagi Sukan SEA 2023 di Kemboja menjelang 5 Mei 2023.



Suasana perayaan Hari Raya juga semakin meriah pada hujung minggu lalu di gerai BHazar BH di Anjung@WGS.



Selain jumlah pengunjung yang tinggi di Wisma Geylang Serai memandangkan ia hujung minggu ketiga Ramadan, BH juga telah menyajikan beberapa aktiviti khas untuk para pengunjung serta pembaca akhbar ini.



Antaranya ialah undangan khas penyanyi legenda Sanisah Huri, yang telah mendendangkan lagu-lagu Hari Raya seperti Joget Aidilfitri, Sejakku Bertemu Padamu dan Aidilfitri pada Ahad.



Kehadirannya telah menyerikan lagi gerai BHazar BH sambil menarik ramai peminat yang telah menikmati persembahannya.



Awal daripada itu, Ustazah Liyana Musfirah dan Cef Mel Dean juga telah dijemput ke gerai BHazar BH pada 7 April lalu.



Ustazah Liyana telah diundang untuk menyertai podcast BH #NoTapis secara langsung, bersama Cik Shahida Sarhid yang telah mengupas topik bertajuk: "Lebih tenang semasa Ramadan? Bagaimana bulan suci perbaiki kesihatan mental kita?"



Menyusuli podcast itu, Cef Mel Dean pula telah diundang tampil dengan demonstrasi memasak di gerai tersebut.



Beliau telah menyediakan hidangan fusion Mexico dan Jawa.



Cef Mel Dean juga akan kembali dengan satu lagi demonstrasi memasak pada 20 April.



Gerai BHazar BH telah berlangsung sejak 31 Mac dan akan berakhir pada 21 April.



Pada minggu pertama pembukaan BHazar BH, gerai itu telah mengundang Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid, dalam sesi #NoTapis bersama koresponden BH, Cik Atiyyah Mohd Said.



Selain itu, BH telah mengundang kumpulan pop-yeh-yeh popular dari seberang Tambak, Kugiran Masdo, untuk diwawancara menerusi podcast dan kemudian menyampaikan persembahan akustik ringkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >