Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Peta bagi orang ramai elakkan tempat sering dikunjungi pesakit

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



JURONG East Central, Aljunied, Bedok North, Tampines East, Sengkang Town Centre dan Woodlands East adalah beberapa kawasan yang sering dikunjungi pesakit Covid-19 sepanjang beberapa hari lalu.



Orang ramai kini boleh mengakses maklumat ini dalam peta, yang diterbitkan buat pertama kali semalam. Peta itu boleh didapatkan dari portal laporan keadaan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



Ia menunjukkan seluruh Singapura, dan membahagikan kawasan darat Singapura, termasuk pulau-pulau selatan, kepada zon-zon kecil.



Satu pemeriksaan oleh akhbar The Straits Times menunjukkan kelmarin, 12 zon sering dikunjungi antara 230 dan 560 kes Covid-19 dalam masa tiga hari.



Zon itu ialah Yunnan, Jurong West Central, Kian Teck dan Jurong River di barat; Aljunied, Geylang East, Bedok North dan Tampines East di timur; Pusat Bandar Sengkang di timur laut; dan North Coast, Woodlands East dan Senoko South di utara.



Terdapat lima bahagian secara keseluruhan, dengan kawasannya dibahagikan dan ditanda mengikut jumlah kes Covid-19 yang mengunjunginya. Jumlah tertinggi antara 230 dan 560 kes.



Semalam, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 berkata ia berharap peta itu dapat membantu memberi panduan kepada orang ramai tentang pergerakan dan kegiatan mereka.



"Individu yang mengunjungi tempat-tempat ini dalam jangka waktu sama digalak memantau kesihatan mereka, melakukan swab ujian pantas antigen secara kerap sepanjang 10 hari berikutan kemungkinan mereka terdedah, dan mengurangkan interaksi tidak perlu dengan orang lain," katanya.



Ia menambah bahawa data SafeEntry dan TraceTogether akan terus digunakan untuk memberitahu individu mengenai kontak rapat sah baru-baru ini dengan orang yang dijangkiti atau pendedahan baru-baru ini kepada kawasan yang melaporkan kian banyak kes.



Menurut dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Teo Yik Ying, peningkatan kes yang dicerminkan peta itu tidak mengejutkan kerana beliau menjangka jangkitan agak biasa di bandar satelit dan kawasan kediaman, tempat ramai orang berada dan bergerak.



"Peta sebegini mungkin menjadi kurang relevan apabila Singapura beralih sepenuhnya ke keadaan endemik, kerana kes tidak menunjukkan simptom tidak akan menyedari bahawa mereka dijangkiti," kata beliau.



Seorang penduduk Tampines East, Encik Jeremy Toh, berkata sebelum peta itu diterbitkan, beliau memang sudah berhati-hati apabila mengunjungi tempat sesak di kawasan itu.



"Saya mengelak mengunjungi tempat sesak sedapat mungkin, dan akan terus melakukan ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >