Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Petisyen tarik sokongan lebih 50 kumpulan gesa akhiri guna lori angkut pekerja

Jul 26, 2023 | 06:29 PM



Petisyen kedua yang menggesa pelaksanaan tahap keselamatan lebih tinggi dalam mengangkut pekerja asing dikeluarkan pada Rabu.

Bertajuk “End Lorry Rides, Save Workers Lives – Ban Them Immediately” atau “Akhiri Penggunaan Lori, Selamatkan Nyawa Pekerja – Hentikannya” dikeluarkan bagi pihak 53 penandatangan bersama.

Ia terdiri daripada pertubuhan masyarakat dan kumpulan sivik seperti kumpulan hak asasi manusia, Maruah, dan kumpulan kebajikan pekerja hijrahan, Workers Make Possible.

Kenyataan itu menggesa pemerintah melaksanakan larangan penggunaan lori bagi membawa pekerja asing ke tempat kerja mereka dan Kementerian Pengangkutan turut didesak agar memberi sokongan kepada syarikat yang mungkin berdepan cabaran dalam peralihan kepada cara pengangkutan lebih selamat.

Ia dihantar kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor dan 18 lagi menteri lain pada Rabu.

Ini berlaku dua hari selepas 47 kumpulan dan individu menandatangani satu kenyataan serupa yang meminta Pemerintah memberi garis masa untuk mengharamkan pengangkutan pekerja dalam lori.

“Fakta mudah ialah lori barangan tidak pernah direka untuk pengangkutan manusia – ia tidak diuji keselamatan untuk pengangkutan manusia, dan ia melanggar maruah pekerja,” kata penandatangan dalam kenyataan pada Rabu.

Kumpulan dalam kenyataan terkini menambah bahawa sekiranya tiada tindakan dilakukan, ia “tidak boleh dimaafkan”, “memandangkan terdapat pelbagai pilihan lain yang digunakan negara lain untuk mengangkut pekerja dalam industri yang sama, termasuk menjadual bas berteknologi tinggi dan perkhidmatan ulang-alik yang membolehkan syarikat berkongsi bas, bas mini, barangan dan kenderaan penumpang dan banyak lagi.”

Usaha menyediakan pengangkutan yang selamat datang selepas 37 orang, termasuk pekerja hijrahan, cedera dalam dua kemalangan yang melibatkan lori pada 18 dan 19 Julai lalu.

Menurut perangkaan Kementerian Pengangkutan pada 2021, 58 orang mati dan 4,765 orang cedera antara 2011 dengan 2020 setelah mereka terlibat dalam kemalangan trafik ketika menaiki lori.

Pada awal Julai ini, Encik Louis Ng, Anggota Parlimen GRC Nee Soon mengetengahkan sekali lagi larangan tersebut di Parlimen.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa merancang peta jalan untuk mencapai matlamat ini dan melaksanakan langkah keselamatan lain untuk sementara – seperti cuba menggunakan bas untuk mengangkut pekerja untuk syarikat binaan yang lebih besar dan melaksanakan waktu kerja bergilir, yang pemerintah boleh bantu selaras dan sediakan sedikit dana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >