Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piala Dads for Life dilancar bagi pupuk semangat kebapaan

May 24, 2023 | 11:19 AM



PUSAT Kebapaan (CFF) akan melancarkan Piala Dads for Life, acara pertandingan bola sepak buat julung-julung kalinya. Acara ini adalah sebahagian daripada Minggu Keluarga Nasional (NFW), sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Pertandingan bola sepak ini akan diadakan pada 10 dan 11 Jun nanti.

Tema Piala Dads for Life tahun ini adalah “Memberi penghormatan pada bapa dari generasi ke generasi”. Tema ini bertujuan untuk mengiktiraf peranan bapa yang berubah mengikut perkembangan anak.

Menurut Ketua Perhubungan dan Pendekatan CFF, Encik Eruandee Prayitna, piala ini adalah peluang bagi bapa untuk meluangkan masa bermutu bersama keluarga mereka.

“Piala ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bapa tentang tanggungjawab mereka,” jelas beliau. “Kami ingin menekankan pentingnya kehadiran dan penglibatan bapa dalam keluarga. Kehadiran bapa dalam perkembangan anak-anak sangat penting dan tidak boleh dibiarkan hanya kepada ibu, atau datuk dan nenek.”

Minggu Keluarga Nasional tahun ini akan menyatukan rakan-rakan masyarakat dan menampilkan pelbagai acara menarik termasuk pesta STEM dan konsert.

Piala Dads for Life ditawarkan dalam tiga kategori - terbuka (semua peringkat umur), veteran (45 tahun ke atas) dan belia (sehingga 17 tahun). Bagi kategori terbuka dan veteran, setiap pasukan perlu mempunyai 9 orang dengan bayaran sebanyak $100 bagi setiap pasukan. Manakala untuk kategori belia, setiap pasukan perlu mempunyai 7 orang dengan bayaran sebanyak $60 bagi setiap pasukan.

Pendaftaran untuk pertandingan ini kini dibuka dan boleh dilakukan di laman https://form.jotform.com/231311825090042. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian 8874-7947.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >