Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak berkuasa sedang kaji laluan bagi kenderaan kecemasan di Koridor Rel

Aug 26, 2022 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa sedang mengkaji sama ada laluan boleh dibina di belakang Kelab Masyarakat Ulu Pandan di Ghim Moh untuk membolehkan kenderaan kecemasan memasuki Koridor Rel, kata Ahli Parlimen GRC Holland-Bukit Timah, Encik Christopher de Souza.



Beliau berkata kajian itu telah pun dimulakan dan laluan yang sesuai telah dikenal pasti.



Ini dilakukan ekoran insiden kecederaan yang melibatkan tiga mangsa selepas sebatang pokok besar, jenis mahogani Afrika, tumbang di perkarangan kelab masyarakat itu petang Sabtu lalu.



Pasukan penyelamat terpaksa meredah ke cerun curam dan melalui tumbuh-tumbuhan untuk mencapai mangsa yang cedera, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 6 petang.



Encik de Souza berkata beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat maya bersama SCDF, Pasukan Polis Singapura (SPF), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Persatuan Rakyat pada Isnin, dan salah satu pencapaian hasil mesyuarat itu ialah kajian bagi akses untuk kenderaan kecemasan ke Koridor Rel agar respons bagi kecemasan boleh dibuat dalam tempoh yang lebih baik.



Beliau berkata kajian itu antara lain perlu melihat keadaan tanah yang cerun dan laluannya.



Encik de Souza, yang telah berkomunikasi dengan dua mangsa yang dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat pokok tumbang itu, berkata kedua-duanya kini pulih dengan baik dan berada dalam keadaan stabil.



Orang ketiga yang cedera telah dibenarkan keluar daripada hospital, katanya dalam catatan Facebook pada Ahad lalu.



Encik de Souza memberi maklumat terkini mengenai kejadian pokok semasa pelancaran Bantuan Barangan Runcit di Pusat Aktiviti Orang-Orang Tua Fei Yue di Bukit Panjang.



Inisiatif yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat dan pertubuhan akar umbi di GRC Holland-Bukit Timah dan Bukit Panjang, telah dilancarkan untuk mengumpul dana bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan keluarga yang memerlukan mengatasi kos sara hidup.



Isi rumah yang layak masing-masing akan diberikan baucar pasar raya bernilai $200 mulai bulan depan.



Blossom World Society, sebuah pertubuhan kebajikan sukarela yang beribu pejabat di divisyen Bukit Timah, telah mengikrarkan $64,000 bagi inisiatif pemadanan derma daripada orang ramai.



Pertubuhan yang terlibat dalam inisiatif itu berharap dapat mengumpul sejumlah $128,000 untuk membantu lebih 640 isi rumah. Lebih daripada $71,000 telah dikumpul setakat ini.



Pelancaran itu turut dihadiri Ahli Parlimen Holland-Bukit Timah; Dr Vivian Balakrishnan, Cik Sim Ann dan Encik de Souza, serta Ahli Parlimen Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >