Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih Presiden sebagai penyatu warga dalam hadapi cabaran

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Dua individu telah tampil melahirkan hasrat untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini.

Ini setelah Presiden Halimah Yacob menyatakan beliau tidak akan bertanding untuk pemilihan semula apabila penggalnya tamat pada 13 September ini.

Pengasas Harvey Norman yang juga pengerusi eksekutif kumpulan Ossia International, Encik George Goh, 63 tahun, yang mengambil borang permohonan bagi sijil kelayakan dari Jabatan Pilihan Raya pada Selasa lalu, melahirkan keyakinan beliau layak menjadi calon Presiden.

Usahawan itu merupakan pengerusi eksekutif kumpulan Ossia International, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) yang terlibat dalam produk pengguna seperti kasut dan pakaian. Beliau juga merupakan duta ke Maghribi sejak 2017.

Sebelum itu, Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, juga melahirkan hasrat untuk bertanding dan akan bersara dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Pengalaman Encik Tharman yang luas di Singapura dan peringkat antarabangsa memang tidak boleh dinafikan.

Selain bidang politik, beliau juga dikenali di peringkat antarabangsa kerana mempengerusikan Jawatankuasa Kewangan dan Kewangan Antarabangsa di bawah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) selama empat tahun dan telah mengetuai beberapa majlis antarabangsa melibatkan rombakan kewangan dan ekonomi.

Pilihan Raya Presiden kali ini bakal diadakan secara terbuka, di mana calon yang mewakili semua kaum boleh memohon untuk bertanding.

Pilihan Raya itu mesti diadakan selewat-lewatnya pada 13 September, dengan penggal enam tahun Puan Halimah berakhir pada hari itu.

Pilihan raya itu paling awal boleh diadakan tiga bulan sebelum tarikh tersebut iaitu pada 13 Jun.

Proses itu bermula apabila Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan Writ Pilihan Raya – sebuah dokumen awam yang menandakan permulaan pilihan raya.

Singapura dan negara-negara di dunia sedang berhadapan dengan banyak cabaran termasuk persaingan antara Amerika Syarikat dengan China, serta perang antara Russia dengan Ukraine yang mengakibatkan banyak gangguan kepada aturan dagangan dunia.

Dengan ketidaktentuan ekonomi dan keprihatinan terhadap peningkatan kos sara hidup, Presiden baru Singapura harus menjadi pemimpin yang dapat menyatukan rakyat Singapura.

Presiden Singapura juga mempunyai peranan penting melindungi rizab lampau negara dan memastikan ia tidak digunakan kecuali perlu.

Beliau juga perlu sentiasa memastikan kewibawaan khidmat awam dijaga dengan diberikan kuasa veto untuk melantik atau mengeluarkan para pegawai utama perkhidmatan awam.

Dua peranan itu amat penting dan unik bagi Singapura dan membezakan negara ini dari negara-negara yang lain.

Justeru, Presiden yang diperlukan merupakan seseorang yang berwibawa dan menjadi penyatu agar warga Singapura kekal bersatu dalam fabrik sosialnya dan utuh dalam menghadapi apa jua cabaran di dalam dan luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >