Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden: Usul bagi dua lagi cara mengundi

Bagi mudahkan akses mengundi, usul dibolehkan undi pos luar negara dan adakan pusat undi di rumah jagaan
Feb 07, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang menetap di luar negara mungkin dapat mengundi menerusi pos dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, dalam usaha meningkatkan akses mengundi untuk golongan itu.



Stesen membuang undi khas pula boleh ditubuhkan dalam premis rumah penjagaan, dan pasukan mengundi bergerak boleh ditugaskan untuk memudahkan pengundi yang tinggal di rumah penjagaan.



Itu adalah antara pindaan dalam Rang Pilihan Raya Parlimen dan Rang Pilihan Raya Presiden yang diperkenal buat kali pertama di Parlimen semalam oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.



Beliau berkata rang itu akan dibentang bagi pembacaan kali kedua selepas perbahasan Jawatankuasa Bekalan pada Mac.



Menurut satu kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam, pindaan utama diusul bagi mempertingkat aturan pengundian, mengemas kini undang-undang pengiklanan pilihan raya, merangsang rejim perbelanjaan pilihan raya dan memperkukuh proses pilihan raya.



Di bawah pindaan yang diusul, akses mengundi akan dipertingkat untuk rakyat Singapura yang tinggal di luar negara.



Jika diluluskan, golongan itu boleh membuang undi menerusi pos.



Undian menerusi pos itu perlu diterima oleh Pegawai Pilihan Raya dalam masa 10 hari selepas Hari Mengundi di Singapura untuk layak diambil kira.



Perubahan itu bermakna mereka tidak lagi perlu ke stesen mengundi fizikal yang terletak di bandar tertentu, yang menyebabkan beberapa pengundi tidak dapat mengundi kerana sekatan pergerakan semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).



Bagi membolehkan lebih ramai warga Singapura di luar negara mengundi, pindaan itu juga mengusulkan memberi lebih banyak masa untuk pengundi golongan itu memenuhi kelayakan kriteria penginapan.



Rakyat di luar negara boleh mendaftar sebagai pengundi jika mereka menetap di Singapura selama 30 hari dalam tiga tahun sebelum tarikh permohonan sebagai pengundi luar negara.



Ini berbanding 30 hari dalam tiga tahun sebelum tarikh yang ditetapkan sekarang, iaitu 1 Mac.



Seramai 6,570 warga Singapura di luar negara mendaftar untuk mengundi semasa GE2020, dan 4,794 daripada mereka mengundi.



Secara keseluruhan, sekitar 200,000 rakyat menetap di luar negara.



Sementara itu, aturan pengundian khas akan disediakan untuk penghuni rumah penjagaan di bawah pindaan yang diusul itu.



Bagi memudahkan pengundi yang tinggal di rumah penjagaan membuang undi, Pegawai Pilihan Raya boleh menubuhkan stesen membuang undi khas dalam kawasan rumah penjagaan.



Penghuni yang terlantar pula akan dimudahkan mengundi dengan pasukan mengundi bergerak boleh dikerahkan untuk membantu mereka.



"Pegawai Pilihan Raya akan menimbangkan beberapa faktor dalam menetapkan apakah harus menubuhkan stesen mengundi khas atau mengerahkan pasukan mengundi bergerak di sebuah rumah penjagaan, seperti jumlah pengundi di rumah penjagaan dan terdapat kawasan sesuai di rumah penjagaan untuk menubuhkan stesen mengundi khas," menurut kenyataan ELD itu.



Beberapa pindaan juga diusul berkaitan prosedur Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).



Salah satu pindaan itu ialah PEC tidak perlu menimbangkan permohonan daripada pemohon di bawah usia 45 tahun, yang secara automatik tidak layak menjadi calon Presiden di bawah perlembagaan Singapura.



PEC juga tidak perlu menimbangkan pemohon yang tidak menyerahkan pengisytiharan kaum bagi kaum yang diperuntukkan dalam pilihan raya presiden tersebut.



Pindaan lain yang diusul termasuk kemas kini undang-undang pengiklanan pilihan raya - seperti iklan pilihan raya harus menunjukkan nama penuh semua orang yang memainkan peranan aktif dalam menerbitkannya.




Sekilas pindaan diusulkan



- Warga di luar negara boleh mengundi menerusi pos



- Warga di luar negara boleh mendaftar sebagai pengundi jika mereka menetap di Singapura selama 30 hari dalam tiga tahun sebelum tarikh permohonan sebagai pengundi luar negara



- Warga sudah berdaftar tidak perlu mendaftar semula sebagai pengundi luar negara apabila Daftar Pengundi dikemas kini, lazimnya sebelum pilihan raya



- Stesen membuang undi khas boleh ditubuhkan dalam premis rumah penjagaan



- Pasukan mengundi bergerak boleh ditugaskan untuk memudahkan pengundi yang menghuni di rumah penjagaan



- Stesen mengundi boleh ditempatkan di kawasan undi bersebelahan untuk memudahkan pengundi yang tinggal dekat dengan persempadanan pengundi



- Golongan bawah usia 16 tahun dilarang menyertai kegiatan pilihan raya bagi melindungi mereka daripada eksploitasi



- Entiti asing seperti syarikat atau pertubuhan dilarang menyertai kegiatan pilihan raya, di samping larangan sekarang ke atas individu warga asing



- Usaha merangsang, berkongsi, berkongsi semula atau memuat naik semula iklan pilihan raya dalam talian sedia ada akan dikenakan syarat yang sama dengan penerbitan iklan pilihan raya baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >