Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Pilihan rumah sewa lebih luas bagi golongan bujang

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN bujang berpendapatan rendah bakal mempunyai lebih banyak pilihan rumah sewa di tiga kawasan baru yang boleh menempatkan sejumlah 600 penyewa.



Tiga kawasan itu ialah di Bukit Panjang, Bidadari dan Sengkang.



Mengumumkan perkara tersebut semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Pembangunan Negara (MND), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata permohonan bagi rumah sewa di tiga tapak baru itu dijangka dibuka menjelang hujung tahun ini.



Ini merupakan lanjutan Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang yang dikendalikan Pengendali (JSS-OR) yang dimulakan pada Disember 2021.



Buat masa ini, terdapat tiga tapak JSS-OR di Bedok, Buangkok dan Bukit Batok yang boleh menempatkan sekitar 400 penyewa.



"Program perintis ini menerima sambutan baik dan ketiga-tiga tapak mempunyai penghunian hampir penuh.



"Maklum balas daripada penyewa adalah positif dan mereka menghargai kehadiran pengendali.



"Walaupun beberapa perbezaan antara penyewa bersama tidak dapat dielakkan, kebanyakannya boleh diselesaikan melalui pengantaraan awal oleh pengendali, yang menghalang perselisihan daripada meningkat," ujar Dr Faishal.



Beliau menambah bahawa para pengendali ini turut menganjurkan aktiviti sosial bagi penyewa.



Dr Faishal memberi respons kepada beberapa Anggota Parlimen (AP) yang bertanya tentang JSS-OR termasuk Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio).



JSS-OR ditubuhkan untuk menyediakan pilihan tambahan kepada bujang berpendapatan rendah yang layak memohon bagi flat sewa awam tanpa perlu mencari penghuni bersama terlebih dahulu.



Di bawah perintis itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melantik pengendali untuk menguruskan urusan perkongsian flat, menyediakan sokongan sosial kepada penyewa, dan menjadi pengantara antara penyewa apabila diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >