Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM LEBARAN

Pilu di Perth

Jun 27, 2017 | 05:30 AM



Sedang umat Islam di sini sibuk mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai, terdapat segelintir orang Melayu/Islam Singapura yang menyambut Hari Raya di rantauan. Berikut sekilas pengalaman yang mereka lalui serta perkara yang membuat mereka merindui Aidilfitri di tanah air. NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) dan NUR SYAMIMI AWALLUDIN (nsyamimi@sph.com.sg) melaporkan.



SUDAH hampir sedekad lamanya beliau menyambut Lebaran di rantauan.



Namun, rindu terhadap 'kampung halaman' tercinta tetap terasa setiap kali berkumandangnya takbir Raya.



Demikian yang dikongsi Cik Norainee Mohd Salleh, 51 tahun, warga Singapura yang menetap di Australia sejak 2009.



Beliau berpindah ke Perth, Australia, selepas berumah tangga dengan orang Indonesia warga Australia.



Katanya, berbeza beraya di rantauan jika hendak dibandingkan dengan beraya di Singapura.



Kemeriahan yang terasa tatkala berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai tercinta tiada tolok bandingnya, dan keriuhan itulah yang paling dirindui Cik Norainee.



Ketika dihubungi melalui panggilan jarak jauh, Cik Norainee berkata kalau di Singapura banyak rumah yang akan dikunjungi pada Hari Raya tanpa perlu dijemput. Di Perth, orang akan mengadakan rumah terbuka.



"Di sini (Perth), tak macam di Singapura. Sini, orang akan adakan rumah terbuka dan menjemput kami ke rumah, barulah kami kunjungi mereka. Kalau di Singapura kita nak datang, telefon saja," kata beliau.



Selain itu, masyarakat Islam di Perth sering mengadakan jamuan semasa Hari Raya, terutama selepas solat Aidilfitri.



"Waktu Raya, masyarakat Muslim ada yang melakukan solat Raya bukan di masjid, tapi di King's Park. Selepas solat, kami makan bersama. Semua akan membawa pinggan sendiri dan berkongsi makanan. Itu antara yang berbeza beraya di sini dan di Singapura," ujarnya.



Walaupun senang dengan amalan 'bawa pinggan sendiri', Cik Norainee akur terdapat beberapa perkara yang beliau rindui tentang beraya di negara asal.



Antaranya ialah keriuhan ketika jalan Raya beramai-ramai. Di Perth, katanya, tidak terlihat orang berjalan Raya.



"Memang kemeriahannya tak sama, suasana Raya hanya terasa apabila kita berkumpul," ujarnya, yang menetap di Gosnells.



Seperkara lagi yang dirindui semestinya ialah keluarga.



"Di rantauan, anda akan merindui keluarga lebih daripada biasanya. Apabila saya baru-baru datang ke sini, saya rasa sayu, syahdu, terutama pada Hari Raya pertama.



"Tiba-tiba hari pertama macam sunyi, sebab di Singapura saya tinggal dengan mak, jadi pada hari pertama mesti ramai yang kunjungi rumah kami, selalu penuh!" kata Cik Norainee, yang hanya mampu melampiaskan rindu melalui panggilan telefon atau melalui Skype pada pagi Raya.



Menurut beliau, bukan setiap tahun mereka dapat pulang ke Singapura atau Indonesia. Malah, sejak 2009 hingga sekarang, mereka hanya dapat pulang sekali ke negara masing-masing.



Meskipun tidak dapat pulang tahun ini, Cik Norainee sentiasa menanti saat dapat menemui keluarga pada pagi Aidilfitri.



"Insya-Allah tahun depan atau tahun selanjutnya," ujarnya.




"Di rantauan, anda akan merindui keluarga lebih daripada biasanya. Apabila saya baru-baru datang ke sini, saya rasa sayu, syahdu, terutama pada Hari Raya pertama. Tiba-tiba hari pertama macam sunyi, sebab di Singapura saya tinggal dengan mak, jadi pada hari pertama mesti ramai yang kunjungi rumah kami, selalu penuh!"
- Cik Norainee Mohd Salleh, kini menetap di Perth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >