Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI

Pindaan kawal dadah psikoaktif baru diusul separuh pertama tahun ini

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG mengawal dadah psikoaktif baru (NPS) akan diubah dalam separuh pertama tahun ini untuk membolehkan pihak berkuasa bertindak lebih cepat dalam menangani dadah tersebut serta mereka yang mengedarnya.



Pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) akan dilakukan untuk mengawal NPS berdasarkan potensinya menghasilkan kesan psikoaktif, umum Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen semalam.



Buat masa ini, di bawah akta tersebut, NPS disenaraikan secara individu atau berdasarkan struktur molekul asasnya serta corak penggantiannya, lapor The Straits Times.



"Mungkin terdapat jeda masa daripada mengesan sehingga menyenaraikan NPS baharu," kata beliau semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya.



Meminda MDA akan membolehkan Biro Narkotik Pusat (CNB) mengambil tindakan penguatkuasaan lebih pantas, tambahnya.



Pengumuman Dr Faishal itu berikutan statistik yang dikongsi CNB yang menunjukkan bahawa NPS merupakan antara tiga dadah paling banyak disalahguna tahun lalu, selepas 'methamphetamine' dan ganja.



Jumlah nilai jalanan dadah yang dirampas CNB tahun lalu dianggarkan sekitar $11.6 juta, naik daripada $6.49 juta pada 2019.



CNB berkata sembilan peratus penyalahguna dadah tahun lalu telah menyalahguna NPS dan dadah tersebut merupakan yang kedua paling disalahguna antara penyalahguna dadah baharu.



Menjawab beberapa soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) lain mengenai usaha membantu pemulihan dan integrasi semula pesalah rentan, Dr Faishal berkata kajian baru yang dilakukan pihak penjara mendapati kadar kerentanan dua tahun bagi penyalahguna dadah yang melalui Rejim Pemulihan Dadah Dipertingkat adalah lapan mata peratusan lebih rendah berbanding mereka yang tidak melalui rejim tersebut.



"Kami akan menilai keberkesanan peningkatan yang dilakukan pada 2019 apabila kami mempunyai data yang mencukupi," tambahnya.



Beliau merujuk kepada peningkatan yang dilakukan pada rejim tersebut di mana penyalahguna dadah kali ketiga dan seterusnya yang tidak mempunyai kesalahan jenayah lain dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dan bukan dipenjara bagi tempoh masa yang lama.



Dr Faishal turut mengatakan bahawa Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE) akan mewujudkan rangka kerja untuk menyokong golongan ini dan menyediakan rangkaian sosial bagi pesalah setelah mereka dibebaskan.



Beliau juga berkata Reben Kuning Singapura telah membangunkan rancangan induk kerjaya bagi sektor utama dan pertumbuhan untuk membantu bekas pesalah mendapatkan pekerjaan.



Di bawah inisiatif Latih, Letak dan Mekar , rakan kerja industri dan pusat pendidikan dan latihan akan menawarkan pesalah pekerjaan serta latihan berterusan melalui peraturan kerja-belajar setelah mereka dibebaskan.



Inisiatif tersebut akan diluaskan daripada organisasi dalam industri media dan kejuruteraan jitu kepada sektor logistik dan infokom, dengan kemudahan latihan bagi sektor-sektor tersebut bakal dibangunkan tahun ini, dedah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >