Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindah sumsum tulang dibenar Islam: Jawatankuasa Fatwa

Aug 13, 2023 | 05:30 AM



Pemindahan sumsum tulang dari seorang manusia kepada manusia lain yang tidak membawa kemudaratan kepada si pemberi dan dengan tujuan membantu pesakit yang mengalami penyakit yang menderita, dibolehkan di sisi agama, menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Menurut satu fatwa mengenai pemindahan sumsum tulang yang dikeluarkan pada 1997, ulama Islam antarabangsa memutuskan bahawa pemindahan dibolehkan dengan beberapa syarat.

Dua syarat pertama termasuk memastikan terdapat keperluan yang mendesak dan telah dapat dipastikan doktor Islam yang pakar atau bukan Islam (mengikut mazhab Maliki) bahawa darah yang diambil tidak akan membawa bencana kepada si pemberi dan malah, dapat menjadi penawar kepada pesakit yang sedang menderita.

Dalam kes pesakit yang mengalami jenis barah darah seperti leukemia, fatwa itu menyatakan pesakit sedemikian akan menderita kerana kekurangan darah, selalu demam, mudah mendapat jangkitan penyakit dan kerap berlaku pendarahan.

Penyakit tersebut juga rumit dan dikatakan tidak dapat dirawat seperti penyakit-penyakit biasa.

Untuk merawat penyakit leukemia, pesakit perlu dibekalkan sumsum tulang orang lain yang sama tisunya dengan pesakit dalam proses yang dikenali sebagai pemindahan sumsum tulang.

Fatwa itu menambah bahawa proses pemindahan sumsum tulang seumpama pemindahan darah, dengan pakar perubatan menegaskan bahawa penderma sumsum tidak akan menempuh sebarang masalah dalam kesihatan dan sumsum tulang mereka itu akan tetap tumbuh semula seperti biasa dalam beberapa hari sahaja.

Syarat ketiga pula adalah untuk memastikan pemindahan itu tidak boleh mengandungi unsur-unsur jual-beli kerana menjual darah manusia itu sangat dilarang dan hukumnya adalah haram.

“Apabila telah dipastikan bahawa pemindahan sumsum seumpama itu tidak menempuh sebarang bencana dan benar-benar dapat membantu pesakit, maka hukumnya adalah dibolehkan,” menurut fatwa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >