Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pintu mesin pencuci pecah selepas pelanggan masukkan kandang mainan kanak-kanak

Sep 15, 2023 | 09:17 AM



Pelanggan di sebuah pusat dobi di Sembawang dikejutkan dengan satu kejadian aneh apabila mereka melihat sebuah mesin pencuci baju berputar tanpa terkawal dengan sebahagian sebuah objek yang berada dalam mesin itu berputar di dalamnya.

Dalam beberapa pos yang dimuat naik ke media sosial, pelanggan juga dipercayai terdengar bunyi ‘letupan’ akibat kaca pintu mesin pencuci berkenaan pecah.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila dua pelanggan didakwa meletak kandang mainan kanak-kanak, atau playpen, termasuk pagarnya ke dalam mesin tersebut – dipercayai untuk dicuci.

Akibat perbuatan itu, kandang mainan tersebut menyebabkan pintu mesin basuh baju itu pecah.

Kandang yang dicuci itu juga kelihatan berputar tanpa terkawal dengan sebahagian mainan tersebut terkeluar daripada lubang mesin itu hingga air sabun mengalir keluar di sekitar kedai dobi itu,

Kejadian itu dirakam menerusi beberapa video dan gambar yang dimuat naik dalam Facebook pada 10 September.

Pengguna yang memuat naik pos tersebut berkata mereka berada di pusat dobi itu sewaktu kejadian tersebut berlaku dan kedengaran seolah bunyi bahan kaca yang pecah di situ.

Apabila mereka memasuki kedai itu, mereka perasan air sabun yang melimpah ke lantai.

Terdapat juga sejenis kain yang sedang berputar dalam salah sebuah mesin pencuci di situ.

Panel kaca mesin pencuci itu kelihatan hancur dan serpihan kaca bersepah di sekitar kedai tersebut.

Mujur, katanya, tiada orang yang berada dekat dengan mesin itu apabila insiden tersebut berlaku.

Menurut kenyataan dalam pos Facebook itu, seorang pelanggan wanita, dipercayai pemilik kandang mainan itu, telah mendekati pelanggan yang merakam kejadian itu untuk berhenti daripada berbuat demikian dan supaya elak daripada menerbitkannya dalam talian.

Ia menambah, teman pengguna Facebook yang telah memuat naik pos itu telah memadamkan rakaman yang berupaya mengenal pasti identiti pelanggan berkenaan, namun masih terdapat kamera litar tertutup yang beroperasi di kedai itu.

“Jika wanita itu hanya berdiri sahaja tanpa buat apa-apa di kedai itu, tiada sesiapa pun yang akan tahu siapa yang bertangunggjawab meletak objek itu ke dalam mesin pencuci baju tersebut,” kata teman pengguna menurut kenyataan itu.

Pelanggan wanita itu, yang ditemani suaminya, telah cuba mengeluarkan kandang mainan itu daripada mesin tersebut dan mematikan mesin itu – namun tidak berjaya.

Akhirnya, kandang mainan itu terkeluar sendiri daripada mesin pencuci itu.

Menurut media tempatan 8world News, pemilik pusat dobi itu mengesahkan kejadian tersebut berlaku dalam premis kedai mereka di Canberra Crescent.

Beliau berkata, pasangan pelanggan itu akan berunding bersamanya berkenaan bayaran pampasan bagi kerosakan yang dialami pada mesin pencuci itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >