Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Dah Syawal ke?’: Lagu Raya berkumandang di Yishun di tengah September buat jiran hairan

Sep 13, 2023 | 07:45 PM



Kalau ikut kalendar Hari Raya Aidilfitri masih jauh lagi.

Bahkan ia dijangka jatuh pada 10 April 2024 dan ini hanya bulan September.

Tetapi seorang penduduk tempatan nampaknya tidak sabar menyebarkan suasana hari kemenangan itu kepada seluruh blok dengan berkaraoke lagu raya pada malam Selasa.







Seorang pengguna Facebook bernama Encik Nur JM Mohd telah memuat naik satu video tular yang menunjukkan rakaman suara seorang jiran yang sedang menyanyikan lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda, oleh Mamat hingga boleh didengar jiran lain.


Video itu sehingga kini telah ditonton lebih 76,000 kali sehingga 7.30 malam Rabu, dengan tajuk, “Bila Hari Raya Sampai Timing (Musim) Salah”.


Wanita yang merakam video tersebut, kelihatan berada di jendela rumahnya sewaktu rakaman dan sedang merakam suasana luar rumah sekitar kejiranan pada waktu malam.

Kedengaran seorang jiran lelaki sedang menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan.

Memberi komen kepada kejadian itu, wanita itu berkata: “Hari Raya dah habis bang.”

Kemudian beliau berkata beliau tidak tahu jiran mana yang sedang menyanyikan lagu itu.

Sambil gelak ketawa wanita itu berkata: “hari raya apa kebabai (kejadah)?”


Stress tiap-tiap malam dengar dorang nyanyi,” tambahnya sambil menyanyikan lirik “Ku pohon restu” setiba penyanyi di korus lagu itu.


Sebelum video itu berakhir, wanita itu kedengaran berbual dengan seorang lagi individu di balik kamera dipercayai adalah anak beliau.

“Awak tahu itu lagu apa? Itu lagu hari raya,” katanya.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), individu di balik video tersebut ialah seorang penduduk Yishun yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Kym, 40 tahun.


Beliau enggan mendedahkan identiti sebenar kerana segan diketahui jirannya.

Cik Kym berkata beliau telah merakam video itu pada lewat malam Selasa dan kemudian mengirim video itu kepada temannya Encik Nur yang memuat naik rakaman tersebut di TikTok dan Facebook.

Stress sebab bila dia nyanyi saya pun akan nyanyi... tapi suara saya tak sedap. Bila dia nyanyi kadang saya pun sambung sekali dari bilik saya,” katanya kepada BH.


Cik Kym berkata jiran tersebut yang tidak dikenalinya akan bernyanyi sekitar dua hingga tiga kali seminggu.

Beliau juga sering menyanyikan lagu rok zaman 1980an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >