Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Platform baru SafeEntry@Sea pertingkat usaha jejak kontak sektor maritim S'pura

Jan 13, 2021 | 08:14 PM



SISTEM daftar masuk digital nasional SafeEntry akan diperluaskan ke sektor maritim di Singapura pada hujung minggu ini.



Platform baru SafeEntry@Sea ini akan diperkenalkan di tambangan seperti Marina South Pier dan West Coast Pier, bagi memudahkan jejak kontak pekerja yang secara tetap perlu keluar bekerja ke lautan atau dengan menaiki kapal di pelabuhan Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan dan Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat pada Rabu (13 Januari).



Terdapat dua kes Covid-19 dikesan dalam sektor ini baru-baru ini, dengan salah seorang daripada mereka merupakan Penduduk Tetap (PR) yang bertugas sebagai juruukur marin di Lloyd's Register Singapore dan seorang lagi adalah warga Singapura berusia 55 tahun yang bekerja sebagai malim pelabuhan di PSA Marine sekitar West Coast Ferry Road.



Menjelaskan demikian di acara maya 'New Year Conversation' anjuran Yayasan Kelautan Singapura (SMF)  pada Rabu (13 Januari), Encik Chee berkata Penguasa Pelabuhan Kelautan Singapura (MPA) sedang memanfaatkan teknologi bagi memperbaiki keselamatan operasi kelautan di Singapura.



"Pada hujung minggu ini, kita akan mengenalkan SafeEntry@Sea di tambangan kita di mana pegawai yang berpangkalan di pantai dan ingin menaiki kapal masing-masing akan mengimbas kod QR bagi menyediakan maklumat atas kapal yang dinaiki.



"Ini akan memperkukuh lagi langkah pengurusan selamat yang sedia ada dan memudahkan jejak kontak pegawai yang berpangkalan di pantai, yang menaiki dan bekerja atas kapal di pelabuhan kita," kata Encik Chee.



Sistem SafeEntry yang menyertakan maklumat utama - termasuk nama, nombor kad pengenalan dan telefon bimbit - di mana pengguna mengimbas kod QR, mula diperkenalkan pada April tahun lalu.



Inovasi teknologi, seiringan dengan usaha menyemak undang-undang dan memperkukuh model perniagaan, adalah sebahagian transformasi yang diperlukan bagi industri kelautan mengatasi cabaran mendatang, jelas Encik Chee.



Cabaran ini termasuk gangguan rangkaian bekalan global, pendigitalan, mengubah cara kehidupan dan kerja serta memburu proses meluputkan penyahkarbonan dalam sektor ini, tambahnya.



Selain transformasi, Encik Chee berkata sektor ini juga perlu fokus pada usaha membangun kepercayaan dan menyemai bakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >