Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH PANEL PROPERNIAGAAN PERSEKUTUAN PERNIAGAAN S'PURA

Platform sehenti bagi ekonomi hijau dilancar

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



BAGI menyatukan usaha medan ujian sedia ada dan juga yang baru dalam ekonomi hijau, satu platform sehenti, Inisiatif Kawal Selia Ekonomi Hijau (Geri) telah dilancarkan.



Pengumuman itu dibuat Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, di Anugerah Panel Properniagaan-Persekutuan Perniagaan Singapura (PEP-SBF) pagi semalam.



Inisiatif itu bertujuan menggembleng usaha medan ujian sedia ada oleh pelbagai agensi kawal selia, dan memudahkan penciptaan medan ujian baru dalam ekonomi hijau dengan garis masa yang lebih pendek, ujar Encik Gan dalam ucapannya.



Beliau berkata:



"Untuk perniagaan, ini bermakna mereka boleh menjangka respons yang lebih cepat dan sokongan yang lebih baik daripada agensi berkaitan. Mereka juga akan dapat mencuba konsep yang inovatif dan berpotensi memberi impak pada kadar yang lebih pantas."



Encik Gan menambah bahawa penubuhan Geri terdorong oleh usaha berterusan oleh beberapa agensi yang sudah menawarkan media ujian.



Ini termasuk pembekal pengecasan motosikal elektrik Singapura, MO Batteries, yang baru-baru ini dianugerahkan medan ujian kawal selia kenderaan elektrik (EV) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



MO Batteries akan bekerjasama dengan Singapore Post dan Prosegur Singapore untuk mencuba mengecas bateri motosikal elektrik yang boleh ditanggal di premis firma itu.



Bateri yang dicas penuh kemudian dihantar ke stesen simpan-dan-tukar bateri di premis Singapore Post dan Prosegur.



"Medan ujian itu akan membantu kita memahami pertimbangan keselamatan untuk pertukaran bateri dan dapat menjadi pendaya untuk penggunaan motosikal elektrik, jika dinilai sebagai huraian yang selamat dan sesuai untuk pasaran tempatan," kongsi Encik Gan.



Menerusi Geri, Encik Gan berharap inisiatif itu dapat membantu lebih banyak syarikat untuk merebut peluang pertumbuhan hijau yang baru, dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang mampan.



"Ini akan membantu meningkatkan cadangan nilai dan keterterapan mereka mereka dalam masa depan rendah karbon.



"Melalui sesi pendekatan industri kami, kami telah melihat minat dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi kitaran, dan kami berharap untuk menerima banyak lagi cadangan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >