Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Canada bakal lawat S’pura

Aug 31, 2023 | 04:59 PM



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, akan membuat lawatan kerja selama dua hari ke Singapura mulai 7 hingga 8 September.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pada Rabu, Encik Trudeau akan mengadakan pertemuan dengan Encik Lee Hsien Loong pada 8 September.

Satu kenyataan pejabat Encik Trudeau menyifatkan Singapura sebagai “rakan kongsi penting di bawah strategi Indo-Pasifik Canada”.

Semasa di Singapura, Encik Trudeau akan “mengukuhkan hubungan, khususnya dengan mempromosikan eksport Canada dan negara itu sebagai destinasi pilihan bagi peluang pelaburan”.

Menurut kenyataan itu, Singapura merupakan destinasi terbesar Canada di Asia Tenggara bagi pelaburan langsung negara itu di luar negara, yang dianggarkan bernilai AS$28 bilion ($38 bilion) pada 2022.

Singapura juga dikatakan sebagai sumber terbesar pelaburan langsung asing Canada sekitar AS$1.9 bilion.

Perdagangan barangan dua hala antara Canada dengan Singapura meningkat 28 peratus pada 2022 kepada AS$2.9 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Barangan eksport Canada berjumlah AS$1.5 bilion, manakala barangan import Canada dari Singapura berjumlah AS$1.3 bilion.

Encik Trudeau dijangka melawat Singapura selepas beliau menyertai Sidang Puncak Asean di Jakarta dari 5 hingga 6 September.

Dari Singapura, beliau akan berangkat ke New Delhi, India, untuk menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) dari 9 hingga 10 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >