Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee akan hadiri persemadian negara mantan PM Jepun mendiang Shinzo Abe

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menghadiri persemadian negara bagi mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, pada 27 September di Tokyo.



Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata demikian semalam sebagai respons kepada pertanyaan media.



Ini persemadian negara pertama yang dianjurkan bagi tokoh politik Jepun sejak 1967.



Saluran televisyen NHK sebelum ini melaporkan kerajaan Jepun sedang membuat persediaan bagi penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam persemadian negara bagi Encik Abe, termasuk pegawai tinggi dari luar negara.



Persemadian negara Encik Abe akan menjadi yang kedua diadakan sejauh ini bagi seorang mantan perdana menteri di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.



Persemadian pertama diadakan pada 1967 bagi Encik Shigeru Yoshida.



Mendiang Encik Abe, 67 tahun, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun, semasa berucap dalam kempen pilihan raya.



Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati tokoh politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter.



Mendiang Encik Abe, yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >