Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee akan hadiri rahat maya pemimpin 21 negara Apec

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN dari 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) akan bertemu secara maya dalam satu sidang khas Jumaat ini, bagi membentuk satu respons serantau terhadap pemulihan daripada Covid-19.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri Rahat Pemimpin Tidak Rasmi Apec mengenai Covid-19 itu, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai respons kepada pertanyaan media.



Ini kali pertama pemimpin Apec mengadakan mesyuarat tambahan sebelum perhimpunan rasmi pada akhir tahun, dijadualkan pada November.



Ia mencerminkan hasrat menangani kesan pandemik, kata Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, dalam satu kenyataan semalam.



"Ekonomi Apec telah mengalami kemerosotan terbesar sejak Perang Dunia Kedua sepanjang tahun ini, dengan kehilangan 81 juta pekerjaan.



"Memberi respon secara kolektif adalah penting untuk mempercepat pemulihan ekonomi di rantau ini," ujar Cik Ardern.



Semasa rahat itu, beliau akan mengundang perbincangan mengenai langkah-langkah segera bagi mencapai tindakan serantau lebih tersusun untuk membantu pemulihan, serta langkah menyokong pertumbuhan inklusif dan mapan bagi jangka panjang.



Satu sidang media secara maya akan diadakan selepas rahat itu untuk mengongsi hasil pertemuan tersebut.



Sejauh ini, terdapat lebih 50 juta kes jangkitan Covid-19 dalam sempadan Apec. Lebih sejuta kematian dilaporkan.



Ekonomi Apec menguncup 1.9 peratus tahun lalu - kejatuhan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.



Sementara pertumbuhan ekonomi sedang pulih, sekitar 81 juta pekerjaan hilang akibat pandemik ini.



Forum ekonomi itu, yang termasuk Amerika Syarikat, China dan Jepun, bersetuju bulan lalu untuk menyemak hambatan perdagangan dan mempercepat peralihan rentas sempadan bagi vaksin Covid-19 dan barangan berkaitan, tetapi tidak mencapai kesepakatan untuk memansuhkan tarif.



New Zealand berkata mengetuai respon serantau terhadap pandemik Covid-19 merupakan keutamaannya sebagai pengerusi Apec.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >