Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

PM Lee akur patut tangani isu hubungan sulit mantan Speaker, AP lebih awal

Aug 02, 2023 | 06:20 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengakui beliau sepatutnya bertindak lebih awal berkaitan isu hubungan sulit antara mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin dengan mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Cheng Li Hui.

Dalam kenyataan menterinya di Parlimen pada Rabu, Encik Lee berkata ramai telah mempersoal mengapa beliau memerlukan lebih dua tahun untuk mengambil tindakan.

“Ini soalan yang adil. Jika difikirkan semula dan kini setelah mengetahui bagaimana keadaannya sekarang, saya setuju. Saya sepatutnya menangani isu itu lebih awal,” katanya.

Encik Lee berkata dalam mengambil keputusannya, beliau telah mengambil kira kesan terhadap pihak yang tidak bersalah – terutamanya pasangan dan anak individu yang terbabit.

“Dengan memberi sedikit masa kepada perkara itu, saya telah berharap dapat memberi mereka (Encik Tan dan Cik Cheng) jalan keluar yang kurang menyakitkan, dan menyelamatkan mereka dan keluarga mereka daripada kesakitan dan keaiban yang mereka alami sekarang. 

“Saya telah menitikberatkan perlindungan terhadap keluarga mereka – mungkin terlalu banyak,” jelas Encik Lee.

“Malangnya, akhirnya Encik Tan dan Cik Cheng tidak menghentikan hubungan itu, dan kedua-duanya terpaksa pergi. 

“Jika direnungkan, seperti yang saya katakan, saya sepatutnya menangani isu itu lebih awal, setentunya sebelum pertengahan penggal,” tambah beliau.

Encik Lee mendedahkan bahawa beliau mengetahui tentang hubungan sulit Encik Tan dan Cik Cheng pada November 2020, dan kedua-dua mereka telah dinasihati secara berasingan.

Encik Tan dan Cik Cheng berjanji akan menghentikan hubungan sulit mereka namun, ia masih diteruskan.

Ketua Pembangkang yang juga AP Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, meminta penjelasan daripada Encik Lee dan bertanya mengapa Encik Tan dan Cik Cheng dibenarkan berada dalam jawatankuasa terpilih Parlimen selepas Pilihan Raya Umum 2020 sedangkan Encik Lee sedar akan hubungan sulit mereka.

Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata beliau telah mengemukakan nama-nama yang membentuk jawatankuasa itu, dengan jumlah AP majoriti dan pembangkang mencerminkan jumlah AP di Dewan.

Encik Pritam, yang juga AP GRC Aljunied, turut bertanyakan sama ada “tempoh begitu lama” diperlukan untuk merancang ehwal penduduk Marine Parade – khususnya di kawasan Kembangan-Chai Chee.

Beliau membandingkan kes tersebut dengan kes-kes sebelum itu di mana perletakan jawatan AP tidak diberikan tempoh masa begitu lama.

Memberikan responnya, Encik Lee berkata: “Sepertimana yang sudah saya katakan, jika saya diberi peluang melakukannya sekali lagi, saya akan memilih untuk bertindak lebih awal.”

Beliau menambah, hubungan sebegitu “berlaku dari semasa ke semasa” dan sudah pasti akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Dalam kes sedemikian, apa yang PAP lakukan bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan situasi, betapa tidak sesuai atau memalukan tingkah laku itu, serta situasi keluarga pihak yang terlibat.

“Ini bukan satu keputusan baru – ia mencerminkan amalan PAP yang telah lama wujud, sejak zaman Encik Lee Kuan Yew,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >