Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Peletakan jawatan Chuan-Jin, Li Hui perlu demi kekal tatalaku tinggi AP PAP

Pendirian parti PAP ditekankan untuk kekal kepercayaan tinggi dan rasa hormat rakyat kepada pemerintah.
Jul 18, 2023 | 05:30 AM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata peletakan jawatan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin dan Anggota Parlimen (AP) Cik Cheng Li Hui atas kelakuan peribadi perlu dilakukan demi menjaga standard tatasusila dan kelakuan peribadi yang tinggi dalam kalangan AP Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Beliau berkata piawaian tinggi itu perlu dipelihara bagi mengekalkan tahap kepercayaan dan rasa hormat rakyat kepada pemerintah.

Menurut beliau, piawaian tersebut berserta amalan bersih dan tanpa rasuah adalah sebab utama rakyat memberi mandat kepada PAP untuk membentuk pemerintah dan bekerjasama untuk membaiki kehidupan warga Singapura.

“Anggota Parlimen PAP – sama ada mereka Menteri atau Anggota Parlimen biasa – mesti mempertahankan nilai utama ini pada setiap masa. Tanpa disiplin parti, tanpa kewibawaan, kita tiada apa-apa, jadi ini adalah keperluan mutlak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Istana pada Isnin berikutan peletakan jawatan Encik Tan dan AP GRC Tampines, Cik Cheng, atas kelakuan peribadi mereka.

Encik Tan meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP GRC Marine Parade dan anggota PAP.

Cik Cheng turut meletak jawatan sebagai AP GRC Tampines dan anggota PAP.

Encik Lee berkata beliau telah mengetahui tentang hubungan itu selepas Pilihan Raya Umum 2020, tetapi tidak tahu bila ia bermula.

Encik Lee berkata beliau telah bercakap dengan kedua-duanya – yang terkini pada Februari, dan menasihati mereka.

Encik Tan mengakui apa yang beliau lakukan adalah salah dan menawarkan peletakan jawatannya kepada Encik Lee.

“Saya telah menerima peletakan jawatannya. Tetapi saya memberitahunya: pertama saya perlu memastikan penduduk Kembangan-Chai Chee dan Marine Parade terus dijaga. 

“Sementara itu, hubungannya dengan Cik Cheng perlu dihentikan. Tetapi baru-baru ini, saya mendapat maklumat yang membayangkan dengan kuat bahawa hubungan ini telah diteruskan.

“Saya memutuskan bahawa Encik Tan perlu berundur segera, sama ada persiapan telah dibuat ataupun tidak. Ia tidak boleh menunggu lebih lama lagi,” kata Encik Lee.

Menurut Encik Lee, pada masa yang sama, klip video tentang bahasa tidak beradab Encik Tan di Parlimen telah sebar.

“Beliau berada di luar negara. Lepas beliau pulang, saya minta berjumpa dengannya.

“Semasa kami berbincang, beliau bersetuju untuk berundur serta-merta – kedua-duanya untuk kelakuan beliau yang tidak wajar di Parlimen serta hubungannya yang tidak sesuai dengan Cik Cheng, yang beliau memberitahu saya akan memutuskannya tetapi tidak.’’

Menurut Encik Lee, berbanding dengan isu bahasa tidak beradab oleh Encik Tan di Parlimen, perkara yang lebih serius adalah hubungan antara kedua-dua AP itu kerana hubungan antara Speaker dengan AP tidak sepatutnya berlaku.

Tambah Encik Lee: “Saya sedih apabila mendapati bahawa kedua-dua AP PAP ini telah gagal mencapai tahap tertinggi standard tatasusila dan kelakuan peribadi yang kami harapkan daripada semua AP PAP.

“Apabila keadaan sebegitu timbul, menjadi tugas saya sebagai Setiausaha Agung parti untuk berurusan dengan mereka dan perbaiki keadaan.

“Ini bermakna menasihati, membetulkan, menegur dan akhirnya, jika perlu, memecat AP tersebut daripada parti dan Parlimen.

“Adalah menyakitkan untuk melakukan ini kepada rakan-rakan dan rakan seperjuangan kita, dan ia boleh juga memalukan kita dari segi politik dan meninggalkan kesan besar.

“Tetapi PAP perlu menjaga disiplin parti dan standard kelakuan. Tugas kita adalah kepada Parlimen dan rakyat Singapura, dan itu yang terpenting.’‘

Ditanya Berita Harian tentang insiden melibatkan beberapa AP PAP baru-baru ini yang mungkin membayangkan kemerosotan dalam piawaian PAP, Encik Lee berkata perkara ini berlaku dari semasa ke semasa.


“Apabila ia berlaku, kami perlu memastikan kami menanganinya dengan teliti dan telus, dan semua orang boleh melihat bahawa kami melakukannya,” katanya.

“Dan dalam proses itu, saya fikir semua orang harus membuat kesimpulan yang betul dan melakukan perkara yang betul, sama ada mereka berada dalam pemerintah, parti, atau orang ramai, (yang) melihat bagaimana kita menanganinya.

“Tiada sistem yang sempurna sepenuhnya,’’ kata Encik Lee. 

“Beberapa perkara boleh menjadi salah kadangkala dan ia perlu diperbetulkan,’’ tambah beliau.

Menyentuh tentang kes penyewaan banglo Ridout Road melibatkan Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang didapati tidak melakukan salah laku oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah, Encik Lee berkata keputusan tersebut telah dibentangkan dan dibahaskan sepenuhnya di Parlimen.

“Ini bukan contoh piawaian PAP yang merosot, tetapi bagaimana kami menangani dakwaan terhadap Anggota Parlimen PAP.

“Kadang-kadang perkara berkumpul, tetapi kami memastikan kami atasinya dengan betul. Dan saya harap saya mengatasinya dengan betul, dan kami akan dapat menetapkan nada yang betul untuk masa yang lama akan datang,” ujar Encik Lee.

Encik Lee turut memberi jaminan bahawa kepentingan penduduk divisyen Kembangan-Chai Chee di GRC Marine Parade dan divisyen Tampines East di GRC Tampines akan dijaga oleh AP GRC yang lain.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, akan menjaga kawasan undi  Kembangan-Chai Chee di Marine Parade, manakala Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli akan menjaga kawasan undi Tampines East di Tampines.

Encik Lee menambah, beliau akan mencalonkan Speaker yang baru menjelang sidang Parlimen akan datang.

Beliau juga akan membuat Kenyataan Menteri pada 1 Ogos.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan, akan menjadi Pemangku Speaker.

“Saya menggesa semua rakyat Singapura – termasuk pihak akhbar – untuk memberi Chuan-Jin dan keluarganya, serta Li Hui dan keluarganya, ruang dan masa untuk pulih daripada episod ini.

“Kelakuan Chuan-Jin dan Li Hui tidak sesuai. Mereka telah meletakkan jawatan daripada kerusi masing-masing.

“Tetapi anda boleh bayangkan kesakitan dan kesedihan yang mereka dan keluarga mereka lalui.

“Kita harus menunjukkan belas kasihan kepada mereka dan berharap bahawa pada masanya mereka boleh pulih,’’ katanya.

Pada 2012, Encik Michael Palmer meletak jawatan sebagai Speaker dan sebagai AP Punggol East ekoran hubungan sulit dengan seorang wanita yang bertugas sebagai pegawai di Persatuan Rakyat (PA).

Beliau melakukan demikian selepas berita mengenai hubungan sulit didedahkan kepada akhbar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >