Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PM LEE KE CHINA

PM Lee, Anwar semak kemajuan dicapai S'pura-M'sia dalam kerjasama dua hala

Kedua-dua pemimpin bertemu di sisi Forum Boao bagi Asia di Hainan
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan lagi hubungan rapat kedua-dua negara dalam satu pertemuan dua hala yang berlangsung di sisi Forum Boao bagi Asia di Hainan, China, pada Khamis.



Semasa pertemuan itu, Encik Lee dan Datuk Anwar menyemak semula kemajuan yang telah dicapai Singapura dan Malaysia dalam kerjasama dua hala mereka, menyusuli lawatan Datuk Anwar ke Singapura pada Januari.



Ia merupakan lawatan pertama Datuk Anwar ke Singapura selepas beliau menjadi perdana menteri ke-10 Malaysia pada November 2022.



Dalam lawatannya ke Singapura, Datuk Anwar bersama Encik Lee menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian bagi Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama dua hala serta merebut peluang bersama dalam bidang ekonomi digital dan hijau.



Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk bekerja rapat dalam bidang perlindungan data dan keselamatan siber.



Selepas pertemuan dua hala itu pada Khamis, Datuk Anwar memuat naik kenyataan di laman Facebook beliau, dengan mengatakan bahawa beliau berharap hubungan akrab antara Singapura dengan Malaysia akan kian utuh dan subur.



Encik Lee turut berkata beliau mengadakan pertemuan yang berhasil bersama Datuk Anwar.



Encik Lee, yang tiba di Beijing pada Khamis dan disambut oleh Naib Menteri Ehwal Luar China, Encik Sun Weidong, berkata beliau juga gembira dapat bertemu dengan pemimpin negara dan teman termasuk Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, serta pengerusi Forum Boao bagi Asia, Encik Ban Ki-moon, di persidangan tahunan itu.



Tambahnya, beliau juga mengalu-alukan pertemuannya bersama Presiden China, Encik Xi Jinping, untuk mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala antara Singapura dengan China.



Encik Lee dan Encik Xi dijadual bertemu pada Jumaat.



Sebelum berkunjung ke Beijing, Encik Lee juga telah mengadakan pertemuan yang berasingan bersama ketua Parti Komunis Hainan, Encik Feng Fei, di mana mereka membincangkan tentang perkembangan ekonomi di Singapura dan Hainan serta meneroka peluang kerjasama.



Mereka turut berbincang peranan yang boleh dimainkan Singapura bagi syarikat di Hainan yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, sebagai sebahagian langkah untuk meningkatkan pertukaran ekonomi.



Encik Lee serta Datuk Anwar dan pemimpin lain yang berucap di sesi plenari Boao itu turut menghadiri satu jamuan yang dihoskan oleh Encik Li.



Encik Lee berada di China bagi satu lawatan rasmi enam hari ke negara itu.



Beliau turut diiringi isterinya serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; serta Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >