Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN PM LEE KE JEPUN

PM Lee: Asia perlu capai keseimbangan kuasa demi kestabilan serantau

Keseimbangan kuasa dan pengaruh di rantau ini libatkan pihak berkepentingan termasuk AS, EU dan UK
May 27, 2022 | 06:19 AM



Selain daripada bertemu para pemimpin dari negara lain semasa rangka lawatannya ke Jepun, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, juga telah meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga Singapura yang berada di sana. Encik Lee juga mengambil peluang meninjau tempat tarikan di Tokyo seperti pameran teamLab Borderless di Muzium Kesenian Digital Bangunan Mori.




ASIA harus menerima hakikat bahawa banyak pihak yang berkepentingan akan terlibat dalam keselamatan serantau termasuk pihak dari luar rantau Asia, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Lantaran itu, matlamat Asia sepatutnya mencapai keseimbangan serantau bagi kuasa dan pengaruh di kalangan semua pihak berkepentingan yang turut termasuk negara seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) demi menggalakkan sekitaran lebih selamat dan stabil di rantau ini.



Encik Lee berkata dalam hal ini Jepun dapat memainkan peranan yang signifikan.



Bercakap semasa Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-27 anjuran Nikkei di Tokyo, Jepun, semalam Encik Lee berkata Amerika mengekalkan peranan penting dalam menyediakan rangka kerja bagi keamanan dan kestabilan untuk rantau ini sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, walaupun dengan perubahan keseimbangan strategik.



Australia, EU dan UK juga mempunyai hubungan keselamatan yang kukuh dengan Asia di samping kepentingan di rantau ini.



Menurut Encik Lee, para pemain ini mempunyai kepentingan yang sah di Asia dalam mengekalkan keselamatan, memastikan rantau ini terbuka untuk perniagaan global dan dalam mengakses laluan laut bagi perhubungan di Asia, yang penting untuk perkapalan dan perusahaan global.



"Ia adalah tidak realistik mahupun bijak untuk mengecualikan negara-negara ini.



"Sebaliknya, matlamat kita sepatutnya ialah untuk mencapai keseimbangan serantau bagi kuasa dan pengaruh di kalangan semua pihak berkepentingan," kata Encik Lee.



Maka itu, menurutnya, Jepun mempunyai peranan utama dimainkan dalam ehwal serantau.



Ini memandangkan ia pelabur utama di Asia dan telah memperjuangkan pelonggaran perdagangan.



Bagaimanapun, Jepun boleh melakukan lebih banyak lagi dalam sudut keselamatan, memandangkan sejarah Perang Pasifik telah membuat Jepun mengambil kedudukan berprofil rendah, kata Encik Lee.



"Dengan berlalunya tahun dan generasi dan dalam sekitaran strategik baru, Jepun harus melihat bagaimana ia dapat menerima masa silamnya dan menghuraikan isu-isu bersejarah yang masih tertunggak," jelas beliau.



"Ini akan membolehkannya untuk membuat sumbangan lebih besar kepada kerjasama keselamatan serantau dan menyertai dalam usaha membina dan mempertahankan prasarana serantau yang terbuka dan inklusif," tambah Encik Lee.



Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, telah mengambil pendirian tegas mengenai pertahanan, sambil memberi amaran bahawa "Asia Timur boleh menjadi Ukraine pada masa depan" dan berikrar dalam satu mesyuarat dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pada minggu ini bahawa beliau akan "merangsang secara radikal" pendirian pertahanan Jepun.



Antara yang dirancangkan ialah meningkatkan perbelanjaan pertahanan, serta pemerolehan keupayaan serangan yang membolehkan Jepun melancarkan serangan pertama ke atas pangkalan musuh jika ia menjangkakan adanya serangan - satu rancangan kontroversial kerana ia beralih daripada pendirian pascaperang pasifik serta melanggar perlembagaan yang mengutuk peperangan.




"Memandangkan pengaruh dan sumber yang dimiliki, Jepun mempunyai peranan utama dimainkan dalam ehwal serantau. Jepun adalah pelabur utama di Asia dan pejuang kuat untuk pelonggaran perdagangan serantau. Bagaimanapun, dari sudut keselamatan, sejarah Perang Pasifik telah membuat Jepun mengambil prinsip yang berprofil rendah. Dengan berlalunya tahun dan generasi dan dalam sekitaran strategik baru, Jepun harus melihat bagaimana ia dapat menerima masa silamnya dan menghuraikan isu-isu bersejarah yang masih tertunggak. Ini akan membolehkannya untuk membuat sumbangan lebih besar kepada kerjasama keselamatan serantau dan menyertai dalam usaha membina dan mempertahankan prasarana serantau yang terbuka dan inklusif."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai peranan Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >