Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bakal serah kuasa kepada DPM Wong jelang Nov 2024, sebelum GE seterusnya

Nov 05, 2023 | 08:01 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sebelum pilihan raya umum (GE) yang seterusnya.

“Lawrence memberitahu saya beliau bersedia. Saya yakin sepenuhnya terhadap Lawrence dan pasukannya. Tidak ada sebab lagi untuk melewatkan peralihan politik ini,” kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis Anugerah dan Konvensyen PAP 2023 di Singapore Expo pada Ahad.

Encik Lee tidak memberi tarikh khusus bagi peralihan itu tetapi berkata: “Jika semua berjalan lancar, saya akan serahkan kuasa menjelang ulang tahun ke-70 PAP (Parti Tindakan Rakyat) tahun depan.” PAP diasaskan pada 21 November 1954.

GE mesti diadakan selewat-lewatnya November 2025. Oleh itu, GE akan datang akan dipimpin Encik Wong.

Pembaharuan kepimpinan adalah “proses kritikal” bagi PAP dan Singapura, kata Encik Lee, dan perubahan itu sudah dinanti-nantikan agak lama.

Encik Lee, 71 tahun, sebelum ini menyatakan hasrat mahu berundur diri sebelum mencapai usia 70 tahun, tetapi proses itu tergendala disebabkan Covid-19.

Dalam ucapannya lagi, Encik Lee berkata para menteri sudah memilih Encik Wong sebagai pemimpin mereka dan pilihan tersebut disetujui Anggota Parlimen (AP) PAP lain.

“Lawrence dan pasukan 4G sudah berkhidmat selama beberapa tahun dan mereka juga menggalas tanggungjawab yang semakin besar serta membuat persiapan rapi untuk mengambil alih.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu beliau dan pasukannya memenangi GE akan datang serta menjalankan tanggungjawab mereka memimpin negara agar Singapura masih tetap mengecapi kejayaan setelah (tempoh kepimpinan) saya dan menteri 3G bagi lagi banyak tahun-tahun mendatang,” ujar Encik Lee.

Dalam ucapannya yang berlangsung sekitar 50 minit itu, Encik Lee turut menyentuh tentang tadbir urus yang cekap.

“Kita dilantik bukan setakat untuk mengisi pejabat atau menjadi terkenal atau untuk mendapatkan kuasa.

“Kita membentuk pemerintah agar kita dapat berkhidmat kepada warga Singapura, membuat keputusan bagi mereka, menyelesaikan masalah mereka, memperbaiki kehidupan mereka dan sentiasa menjaga negara agar ia selamat dan terkawal,” katanya.

Menangani pandemik global seperti Covid-19, menyelesaikan masalah dan merancang bagi masa depan secara serentak bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah yang dijangkakan orang ramai terhadap pemerintah yang cekap.

“Semua ini tidak wujud begitu sahaja bak silap mata, banyak kerja keras yang dilakukan untuk memastikan Singapura berfungsi dengan lancar.

“Apabila GE berikutnya tiba... PAP boleh dengan keyakinan memberitahu warga Singapura bahawa kita telah berkhidmat dengan baik kepada mereka,” kata Encik Lee lagi.

Beliau menambah bahawa untuk terus mengekalkan kepercayaan dan sokongan warga Singapura, PAP mesti menegakkan standard integriti yang tinggi yang dijangkakan oleh warga Singapura terhadap parti tersebut.

“Komitmen ini sama sekali tidak boleh dirunding. Kami telah mengekalkannya lebih 60 tahun... kami telah menjadikan Singapura antara negara yang paling bersih dan paling kurang rasuah dalam dunia,” kata beliau.

PM Lee juga menyentuh tentang bagaimana keyakinan, sokongan dan undi kini lebih sukar untuk dimenangi.

Walaupun dasar yang dilakar parti mungkin berkesan dan hujah yang diberikan adalah baik, warga Singapura mesti yakin bahawa PAP berada di pihak mereka.

Parti mesti melibatkan diri secara meluas, membentangkan dan menyampaikan dasar-dasarnya dengan baik dan membantu warga Singapura memahami bagaimana mereka boleh meraih manfaat daripadanya.

Pada masa yang sama, PAP juga berdepan dengan “kebingungan politik yang unik”, kata Encik Lee. Ini kerana majoriti warga Singapura mahu PAP terus memerintah, tetapi sebahagian besar daripada mereka juga mahu pihak pembangkang yang lebih baik.

“Dalam dunia politik yang baru ini, PAP mesti bekerja lebih keras untuk memenangi pilihan raya,” tambahnya.

Di penghujung ucapannya, Encik Lee sebak mengenang pengalaman beliau berkhidmat kepada tanah air selama berdekad.

Menahan air mata dan terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan diri, Encik Lee berkata:

“Saya bernasib baik dan berbesar hati telah berkhidmat demi negara, pada awalnya dalam SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) dan kemudian dalam parti dan pemerintah, sepanjang hayat dewasa saya.”

Kata-kata Encik Lee itu menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada sekitar 1,000 anggota parti yang berdiri untuknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >