Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bebas Covid setelah jangkit semula; sempat temui Presiden Indonesia Jokowi

Jun 07, 2023 | 08:47 PM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah pulih daripada Covid-19 selepas disahkan positif dua kali dalam tempoh tiga minggu lalu.

Dalam satu catatan Facebook pada malam Rabu, Encik Lee berkata beliau tidak lagi dijangkiti virus itu, dan sempat menemui Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dan isteri Cik Iriana Widodo, untuk makan tengah hari.

“Gembira akhirnya bebas Covid justeru saya dapat berjumpa dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan isterinya Ibu Iriana, sambil makan tengah hari nasi ayam hari ini – salah satu hidangan tempatan kegemaran Presiden di Singapura!” tulis Encik Lee dalam pos itu.

Encik Widodo berada di Singapura untuk berucap di Sidang Ecosperity, acara tahunan mengenai pembangunan mampan yang dianjurkan oleh Temasek.

Encik Lee, 71 tahun, telah disahkan positif Covid-19 buat kali pertama pada 22 Mei.

Beliau pulih pada 28 Mei, sebelum dijangkiti Covid-19 buat kali kedua pada 1 Jun. Doktor memberitahu Encik Lee bahawa kes jangkitan semula Covid-19 berlaku dalam 5 peratus hingga 10 peratus kes.

Encik Lee kali pertama disahkan positif Covid-19 berikutan beberapa lawatan kerja baru-baru ini, termasuk lawatan ke Afrika Selatan dan Kenya.

Beliau berada di Cape Town dari 14 hingga 16 Mei, dan Nairobi dari 17 hingga 19 Mei. Beliau juga pernah berada di Labuan Bajo di Indonesia untuk Sidang Kemuncak Asean ke-42 dari 9 hingga 11 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >