Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bentang 3 kunci bagi menangi ‘pertarungan politik’

Nov 06, 2022 | 07:04 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah melaksanakan dasar dan janjinya setiap pilihan raya dalam dekad-dekad lalu, dan walaupun hal ini meletakkan parti tersebut pada kedudukan yang kukuh bagi pilihan raya akan datang, ia masih tidak mencukupi, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Penerimaan warga terhadap prestasi PAP dan sokongan bagi dasar-dasarnya perlu diubah menjadi undian kuat untuk parti tersebut agar terus menonjol sebagai pilihan yang jelas untuk pengundi, katanya.



“Ini bermakna kita perlu melakukan kerja politik. Kita mesti menang dalam pertarungan politik,” kata Encik Lee, yang juga Setiausaha Agung PAP, dalam ucapannya di Persidangan PAP hari ini (6 November).



Untuk memenangi pertarungan politik, PAP perlu mengetengahkan mesej politiknya, bertindak balas kepada gerakan pembangkang, dan berusaha mendekati masyarakat, tambahnya.



Encik Lee berkata sedang PAP memperkenalkan dasar yang kukuh dan melaksanakannya dengan cekap, ia perlu menerangkan makna dasar-dasar itu kepada warga.



“Kita perlu membantu orang ramai memahami: perkara yang baik tidak berlaku dengan sendirinya.



"Kita perlu menunjukkan kepada orang ramai mengapa ia penting bagi mereka, bagaimana ia menjejas kehidupan mereka, mengapa mereka mesti menyokong dasar-dasar ini dan mengundi PAP menjadi pemerintah. Kemudian kita boleh memenangi mandat mereka untuk memastikan dasar itu dilaksanakan,” katanya.



Encik Lee juga berkata PAP perlu menunjukkan kepada pengundi apabila pembangkang tidak mencapai sasaran. 



Beliau berkata tugas pemerintah adalah untuk membuat pilihan sukar, dan pembangkang yang bertanggungjawab harus dipertanggungjawabkan juga mengenai apa yang ia cadangkan dan apa ia menentang. 



“Jumlah mereka juga mesti seimbang. Dan apabila ia tidak seimbang, yang agak kerap berlaku, maka menjadi tugas kita untuk menunjukkan perkara ini,” kata Encik Lee.



Beliau juga berkata pembangkang kadangkala ‘menghilang’ terutama apabila isu mencabar timbul, seperti pemansuhan Seksyen 377A yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai jenayah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >